::.salam sejahtera (n_n) salam perkenalan .::
'Firstly, 'this is my blog and officially MINE 'if you dislike this blog, her entries or the owner. 'please step out ;) thank you. *Click LIKE if you love her posts ;) *

kalau nak senyap. tekan yg petak tu ea. heee ;)

Followers

June 29, 2011

hari basah membasahi. wah ? ;P

salam

well dlm petang2 neh relax2 sambil2 rehat sbb petang kan kelas cancel. nak cerita pendek sikit tengtang kejadian pagi tadi. agak kelakar jgk laa.

so bermula pagi tadi kelas pukul 9.so siap2. tetiba dlm 8.30 ujan lebat sgt2. tp na dkt kol 9 cmtu da reda dah. so cpt2 rushing g kelas. tapi alang2 na turun dari vista tu ujan lebat balek.pehh lencun abes laa. aku ngn high heels bwk moto. otai en ? hahaha ;P ade housemate aku sorg tu trus patah balek sbb mmg kuyup abes laa. aku ngn yg laen pakai baju office so mcm tebal sikit. so redah ujan smpi ke kolej.


bile smpi kolej tu. ta smpat cabut helmet. berlari terus ke kelas. hahaha dlm kelas baru bkk helmet tp nasib baek lect ta masuk lagi. then dlm kelas tu punyalaa sejuk gila. aircond tambah kipas lagi. pehhh menggigil.

after kelas ktrg g makan kat seroja kat tmpat biase tu. mula2 mmg reda n cuaca tenang. elok2 da mkn. hm ape lagi. ujan lebat lagi turun. nasib baek ade kawan sorg yg bawak kereta. ktrg tgl kan moto kat situ kejap then naek keta g kelas. hahaha sbb kelas sejam je. so after kelas cpt2 amek moto balek. hehe gileee ah nasib baek ta dmm ;) hope tak laaa. hihih 

June 28, 2011

andai lelaki tahu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

cimb

salam

smlm 27 jun 2011, dgn bangga nya. hahahaha aku buka acc bank. ade kad bank sendiri. sedih kan ? haha

aku mmg ade  bank tp simpanan punya laa utk kegunaan bile terdesak tp tu parent aku jage :) so td aku bkk bank acc utk kegunaan aku sndiri. heee :)

alhamdulillah...

sabtu dan ahad.

salam

aku mmg suka ber cerita tp ta reti na karang ayat pepanjang ea. hahaha

so minggu yg terakhir bulan JUN neh. aku balek (cewahh balek ea) hahaha tade laa. lepak shah alam. ruma cousin muzh. mulanya ari sabtu tu je sbb cousin gurl dea, ila. ajak jejalan. sbb dea sesorg je. so aku jelaa geng dea. hehe so rancang2. pagi sabtu tu pepagi buta muzh amek aku sbb dea lepas tu na rush g persembahan. lepas tu aku ngn ila jejalan kt sunway. mkn, men bowling kejap , mane game pastu ade beli brg sikit. hehe

lepas tu balek tu masing2 penat. nak petang dah.smntara tgu muzh  balek. tertido kat ruang tamu. then malam tu rancang p ICT. hahaha best laa sbb ade cousin dea yg gilee2 tu. amek gamba then jalan sana sini. balek dlm 1 lebih kot. tido terus kat ats.  yg laen sume tdo kt bawah. sbb ruma tu officially lelaki yea. haha aku ngn ila special tmpat tido.

then esok nya pagi tu tade ape. ptg aku masak ngn ila. aku buat smbal sotong campur udang. bole tahan laa sampai licin. sempat jgk aku mkn. klu tak abes aku tak merasa ;P hihi guna cili kering tu okay jgk ea. then lepak2 ngn muzh. dea ptg tu siap2 na g persembahan ptg pulak. aku tade buat ape rehat jelaaa. malam nye dorg sume g maen futsal. aku ikut jelaa. na tgk cik abg tu maen bola. hehe hebat jgk laa. jadi keeper pun bole tahan :) ade gambar2 kelaka dea tu. hehe mlm tu dlm kol 10 da balek. muzh penat drive so esok nya baru balek. hehe

9th month anniversary

salam

lama sudah tak update blog neh kan. busy lagi. :) dah start life ngn assignment. so mcm heavy sikit.

neh pun nak update sbb arini 28hb again :) hehe sape yg jadi follower yg setia tu mesti taw. hehe


arini dah genap 9th month anniversary :) bak kata org klu yg sedang mengandung tu. da cukup bulan nak bersalin. so mayb lepas 9th month neh. hope masing2 da btl2 kenal each other. but even belum setahun lagi. even actually perkenalan ktrg da seetaun lebih tapi hubungan serius neh blm lagi. hehe

so harap hubungan neh still kekal n apa yg dirancang utk masa depan kami nnt semua direstui dan diizinkan. kami hanya merancang. setiap hari berdoa. bkn senang da dptkan sesuatu. lagi2 bnda tu besar kan :)

papepun kami sentiasa berdoa supaya Allah berkati hubungan kami. kami berusaha untuk menjaga antara satu sama laen sebaik mungkin. rajuk rindu tu mustahil laa takde kan. klu tak suram laa nnt.. hehe

so what else..

to sayang...even waktu neh kamu tga sedap tdo sbb mlm smlm tdo lewat. dah tego tp alasan kukuh dea bagi so phmkan jelaa. n nak marah pun tak smpai hati. just hati neh sayuu je sbb klu nak tgk kan every month aku yg excited lebih. mcm malu pun ade jgk tp entahlaa. myb bg dea benda neh kecik. tp bagi aku. selagi bnda neh bole menggembirakan hati. selagi tu aku hargai. aku terlalu sayang dea. terlalu cinta dea.

yea sayang... i belyiuuuu muchhh :* belyiuuu soo much. dinda cinta kanda muzhafar ;) nak kena babap sok pagi neh. huhu tapi sejuk ati tgk muka comel dea tido kat skype. haiihh tgk laa cane laa nak marah en ? haha;)


somel kan ? ini baby bunny sayaa ;) 

June 22, 2011

teriak bundle

salam.

kalau korg semua free. singgah2 laa link bawah neh. aku de buat sale kecil kecilan. saje na tambah pengalaman. klu berminat singgah yea :) layanan kami sangat baek .

http://www.facebook.com/pages/Teriak-Bundle/123067084444478

June 18, 2011

heee:)

salam.

saje na post tapi pendek je. korang rasa tak ? bile masuk blog neh. mood romantik mcm tetibe timbul. hehe aku saje hidupkan perasaan tu. sbb aku na share kan kat korg.

everyone deserve a second chances. utk beruba. utk jadi yg lebih baek.

bak kata muzh, even bkn utk parent dea, bkn utk parent aku. tapi utk "anak2 kite nanti" :) sweet kan dea ? doakan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin. kami sedaya upaya menjaga hubungan ini. bagi aku. ini hubungan paling byk rintangan. paling byk jalan cerita. n paling byk benda yg kena lalui.

dea sayang aku lebih dari dea sendiri. n aku perlahan2 memahami life dea mcm mana. klu korg na taw. kami sgt berbeza. aku cuba utk beruba even kekuatan tu susa nak cari. tapi aku ada dea. kadang2 aku yg tak hargai. aku sedar. lelaki sememangnya begitu ;) kite kena paham. i love you sayang <3

ini bagi aku. klu bagi korg. aku tataw laa. aku just bercerita kat sini :)

joget senang hati.

Dik janganlah di makan pujian orang
Takut nanti tersungkur tak sedar diri
Biar apa di kata orang
Baju mesti diukur di badan sendiri
Baju mesti diukur di badan sendiri
Mungkin juga senyumku tidak semanis
Potonganku juga mungkin tak secantik
Biar apa dikata orang
Rezeki dah tentu anugerah Illahi
Rezeki dah tentu anugerah Illahi

Biarlah orang ketawa
Asalkan dia gembira
Hatiku pun senang juga
Melihat orang bahagia
Bukan ku minta simpati
Tak mahu dikasihani
Ku memang senang begini
Terserah saja pada Illahi

Bang janganlah di makan pujian orang
Takut nanti tersungkur tak sedar diri
Biar apa di kata orang
Baju mesti diukur di badan sendiri
Baju mesti diukur di badan sendiri’
Mungkin juga senyumku tidak semanis
Potonganku juga mungkin tak secantik
Biar apa dikata orang
Rezeki dah tentu anugerah Illahi
Rezeki dah tentu anugerah Illahi


Terserah saja pada Illahi
Terserah saja pada Illahi
Marilah berjoget
Joget hati senang
Lupakanlah sengketa di jiwa
Sambutlah tanganku
Mari bersamaku
Yakinkan diri
Kelak senanglah di hati

June 15, 2011

jika bukan kerana cinta..kerana sayang...

jika bukan kerana family dea.. n family aku..

jika bukan kerana hati dan perasaan...

aku dah lama membawa diri..jauh dari pandangan dea.tapi cinta..terlalu kuat.sampai aku tersungkur. jatuh. tak terdaya nak bersuara. tak terdaya nak menegak kan pendirian. sbb pasti akan di balas. smpai menangis airmata darah. i always respect him.

speechless.

sayu hati.


tataw na buat ape.


what else want to change. im not them. im not his. im not her. i am me.


i am me... :(

....to get something must sacrifice something....okay..

June 13, 2011

ermm

salam


satu lagi benda aku na share kat sini. sbb nye aku ta dpt tido n otak aku ligat berfikir. ouhh geram pulak. pukul bape da neh. nasib sok kelas kol 10 bukan kol 8 tp still tired okayy.


now the thing is aku tga terasa. bkn terasa na g toilet ke ape. but terasa hati kot. atau aku terlebih emosi. tapi sumtims bnda neh byk kali jadi n aku snyap je sbb aku ta pandai menjawap n ta pandai melawan. n the thing is pasal kawan. aku tataw laaa. aku simpan je. aku ta pena berkira. parent aja aku. muzh pun nasihat aku. jgn berkira. tlg selagi termampu. jgn mengungkit.


aku terasa aku neh kecik sgt.


Pay attention to the quiet ones, because they're the ones that pay attention to you when everyone else is gone.


okayy, tgk ayat atas tu n try too mendalami. thats on the positive side. kite tgk side negative pulak means bile dah tade sesape. baru dea cari kite. means mcm tulaaa. n aku terasa mcm tu n bukan jarang tapi entah laaa sayangg....


are they honest be friend with me...


or friend because of something ? 

kungfu panda ;DD

salam.


haha lupa nak share aritu g tgk KUNGFU PANDA taaww!! ;DD

finally dpt tgk. sbb mmbe na g tgk KL gangster. aku sgp pisah n ajak muzh tgk kungfu panda jgk. keinginan tu belum terpadam lagi. cite KL tu later aku dwld laa sndiri. hahah

mase tgk tu mmg tak menyesal laaa. hehe funny je n SANGAT comel panda taw.. geram ! i suke panda. sb tu ishh. nak hug2 je panda tu. hehe klu ade cite katun cute pasal binatang mesti nak tgk ouhh mcm aritu cite RIO.hihi ;)

omagoshhh COMEL okayy ;DD mase dea buat suara. aku ngn muzh geram jee.haha !

akademi fantasia sudah pun berakhir..

salam

heyy guysss ;)

lewat2 malam neh. aku coretkan nurkilan sedikit tentang rancangan realiti iaitu AKADEMI FANTASIA :)



dulu mmg sgt gilai af neh sbb mase af1 dulu belum ade astro. mase tu aku umur dlm drjah 3 or 4 camtu. then aku stat follow AF2. mmg sgt2 fokus n sgt2 fanatik kat af2 2 sbb ape pun aku tataw. haha n dlm af2 tu aku sgt gilaii ADAM mcm aku gilakan faizal tahir skg. tapikan klu korg na taw. but bnda neh bdk2 skola rendah n skolah mnengah dlm form 1 tu taw kot kisah neh. haha aku gila sgt kt adam smpi tahap aku ade album tntang dea. mase tu paling kuat skali aura dea mase darjah 6. nak upsr taun tu. hahaha smpi tahap aku frame kan gamba dea. buat poster adam letak kat bilik dea. buat 'bandangan'. haha korg taw bandangan ? hehe klu tataw. bkk youtube n tgk konsert dea nyanyi pastu tgk kat tgn dea taw. HAHAA ;P fuhh mmg kenangan laa bnda tu sume. smpi bwk kat kelas. ade geng name ujung letak adam. haha lawak2. smpi klu na tdo pun hugg dea nye frame. pastu first n last dpt meet adam kat jum heboh, dapat salam dea.haha mmg cair waktu tu. now dea da femes. lagu pun banyak. umur pun da naek. tgu jodoh dea ngn sape. hehe tak jeles pun. FT pun da kawen kan aku pun minat mcm tu je.

now af yg skrg neh aku follow cam biase je. tak gila sgt. minat pun biase2. mcm af3 aku minat kefli. af4 ermm sape eh. entah haha. af5 ebi kot. haaa af6 aku ta ikut. hahaha pastu af7 aku minat akim n aril. af8 shahir n af9 mula2 minat azri aww. pastu bile undi masuk hazama. fuhh rindu dea terus datang so semangat na tgk af9 sbb ade dea JE. hahaha lagipun sbb af yg last kan.

so overall ramai yg kutuk af. mmg byk kritikan. itu mmg tiap orang ade anggapan dorg tersendiri. papepun even yg lahir dari af neh tak jd penyanyi but tetap jgk berguna sbb ade bidang laen yg dorg bole ceburi contoh cam berlakon pengacara tv or radio. sbb pena cakap dulu AF neh bukan bertanding menyanyi sape paling hebat tp pandai menghiburkan penonton. so pape pun terpulang pada semua. hehe tamat disini :)

June 10, 2011

heartless

aku tataw na cakap ape dah. now dah tahap kritikal. aku tataw na cari sape. aku buntu. aku tataw na ngadu kat sape. aku da taleh fikir ape2. hanya satu je dtg dlm fikiran aku.luah je kat blog even ade org baca. even ade org kutuk. janji kaw dpt menaip. kaw dpt bercakap sndiri dlm hati kaw.


mase neh air mata tga bergenang. mengalir deras. baru lepas call dea. aku tataw laaa. nak hampir setaun aku ngn dea. takan dea still ta rasa n ta kenal nada suara aku mcm mana. n klu dea penat pun okayy. aku PAHAM. but atleast tanye laaa kenapa neh, pujuk laaa sikit. yaAllah. kenape hati kaw tabah sgt yanaaa. aduhhh kdg2 terlalu tabah n tahan n sabar. bole sengsara. selera hilang, diri pun tak terurus. hope ta ggu belajar aku.

aku ta mintak pape pun

aku tak desak pape pun

takkan sume nye nak aku jelas kan satu persatu.

aku taw kaw baca neh mesti kaw nak tegak kan pendirian kaw jgk.

yea aku taw aku belum lalui ape yg kaw lalui. kata kata yg selalu kaw ckp. aku kena byk belajar right ? aku muda lagi. aku ego. aku tak pandai kawal perasaan. aku childish. kebudak budakan. tak matang. kan ? yeaa aku buta. buta hati. buta hati kerana CINTA kaw ;( aku buta ! :(( aku sayang kawww. aku tataw na ckp ape dah.

sbb kaw aku tak bergaul sgt ngn mana2 lelaki.sbb aku syg kan hbgn neh. sbb aku serius ngn kaw. sbb aku tak pernah syg org laen mcm aku syg kaw skrg :( aku tak pernah sekuat neh. aku tak pernah bertahan smpai tahap neh. aku cinta kaw laa muzh ! aku phm kaw. smpai aku nak jelas kan pun aku tataw. aku paham kaw seriusly mmg paham. tapi pleaseee. aduhh :(  bole gila aku. jgn smpai tahap aku pura2 gembira ngn kaw. yeaa mmg aku bahagia ngn kaw tp bahagia ngn happy laen. kaw da jaga aku sebaek nya. sumtims ape yg kaw buat tu. bagi aku kaw bole buat bnda tu tapi kaw da laen :(( kaw da ta ajak aku skype. bile aku moody. lame2 msg then kaw sng je hepi  tp tak cool down kan aku. myb kaw cube or mayb aku ta perasan. aku minta maaf. tp ade part yg aku taleh terima sygg.

bak kata kawan kaw. untung dpt kaw. sbb nanti masa depan aku cerah. yeaaa aku taw. aku kena kuat. kena sabar tapi biarlah kite sama2. jgn la kaw tgl kan aku. abai kan aku. aku taw kaw byk keje. but atleast bagi taw aku ape kaw buat. kaaw kat mana. so that klu bnda tu mmg aku ta patut kacau or call. so aku takan call or kacau kaw. kaw taw aku ade kaw sorg je.org laen tanak layan aku pun sbb dea taw aku cinta kaw sgt n hormat hbgn kite. yaAllah. aku tataw ape yg aku luah kan neh. aku rindu kaw yg dulu. siyess aku rindu :(( aku tataw na kate ape. myb sbb kaw na abes kan research kaw taun neh. n kaw da bgtaw aku. tapi. tah laaa. mayb aku degil. tapi aku sunyi sygg ! kaw tataw mlm2 kaw tido dulu. aku mngharap kaw bgn n call aku. or bile2 pun aku harap kaw terus call aku.

okayy aku taw aku da byk susa kan kaw. aku selalu ckp kat hati aku. aku tanak semua tu. aku nak masa kaw. aku nak kaw ade ngn aku. tp yeaa aku taw aku takan dpt. myb lambat lagi. entahlaaa...kaw msti stress. fedup tertekan. ngn kerja kaw. gf lagi. family lagi. susa kan jaga aku ?

aku tak sebaek kaw muzh. kite sgt beza. klu kaw bkn dgn aku. kaw mesti tade nye stress camtu. kaw takan lalui neh sume. aku perosak. kan ?

aku sayang kaw muzh :( tade sape bole fhm aku mcm kaw fhm aku. tapi sumtims.... yaAllah hmm :( soory for everything. pleasee. i love you....be with me..

June 9, 2011

apa itu merisik ?

just some info here.

Merisik
    Sudah menjadi kelaziman yang dipusakai turun-temurun ibu bapa masyarakat adat pepatih berusaha sedaya upaya dan penuh teliti mencari seorang calon yang sesuai untuk dijadikan menantu. Usaha ‘mencari’ menantu inilah yang dikatakan sebagai merisik. Jadi merisik adalah satu proses yang dijalankan sebelum adat istiadat meminang. Acara merisik ini bermula apabila anak lelaki telah melahirkan hasrat ingin berumah tangga, atau ibu bapa lelaki berasa sudah sampai ketikanya anak lelaki mereka berkahwin.
    Proses ini selalunya melalui dua peringkat, iaitu merisik dan risik duai. Walaupun pada kelazimannya kedua proses ini dimulakan oleh pihak lelaki berasaskan perbilangan di atas, tetapi tidaklah pula menjadi kesalahan jika pihak perempuan yang mengambil langkah pertama. Adat sendiri membayangkan tentang kemungkinan ini apabila diperbilangkan: yang perempuan diiras-iraskan. Perbilangan ini antara lain bermaksud keluarga perempuan berhak untuk menonjol-nonjolkan perbuatan ini agak relatif maksudnya anak gadisnya agar dipinang orang.

    Pada kebiasaannya, wakil yang dipilih untuk menjalankan proses ini adalah daripada kaum perempuan yang sudah berumur dan petah berkata-kata. Sebagaimana yang dinyatakan tujuan utama peringkat ini adalah mencari jodoh yang paling sesuai. Pada zaman tradisi proses ini telah mula dijalankan sejak anak mulai remaja.

    Dalam proses memilih jodoh ini keturunan bakal menanti diperhatikan. Ada dua sebab utama dalam soal ini. Pertama, bagi menentukan yang bakal menantu itu bukannya daripada suku sakat yang boleh membatalkan pernikahan itu dari segi agama dan adat. Kedua, untuk memastikan bahawa bakal menantu itu bukan berasal daripada keturunan bangsa kurang atau suku lereng.
    Orang tua biasanya akan menolak orang yang berasal daripada lapisan bangsa kurang sebagai menantu kerana perkahwinan yang demikian akan dikenakan isbat adat yang dianggap berat bagi keturunan anak perempuannya. Keturunan mereka tidak mungkin menyandang pusaka, baik berupa gelaran adat mahupun harta pusaka.

    Penelitian juga harus ditumpukan pada paras rupa dan budi pekerti gadis. Secara tidak langsung wakil tadi akan menimbulkan pertanyaan-pertanyaan untuk mencungkil hal-ehwal si gadis terutama yang berkaitan dengan peribadi dan personaliti. Daripada persoalan seperti inilah akan diketahui sama ada gadis itu sudah dilamar orang ataupun belum, masih gadis atau telah janda, serta suku dan susur galur keturunannya.

    Merisik ini kalau diamati adalah suatu proses penyelidikan atau penyiasatan secara sembunyi tetapi amat terperinci. Keseluruhan proses ini adalah mengikut peraturan adat. Apabila telah bertemu dengan calon yang sesuai, maka yang merisik akan membayang-bayangkan kepada yang berkenaan: ‘yang perempuan diiras-iraskan, yang lelaki digurau-sendakan’.

Risik Duai      
    Apabila telah dikenalpasti siapa yang hendak dijadikan menantu, barulah dijalankan peringkat kedua proses merisik. Pada peringkat ini prosesnya agak lebih formal daripada peringkat awal, dengan kata lain wakil pihak lelaki yang disebut duai akan berhadapan dengan keluarga pihak perempuan.

    Duai atau wakil pihak lelaki pada peringkat ini adalah orang yang dipercayai oleh ibu bapa atau keluarga pihak lelaki. Ia boleh jadi wakil pada peringkat awal ataupun mungkin orang lain. Duai tidak semestinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak lelaki; tetapi lazimnya wakil itu dipilih daripada kalangan kerabat yang dekat seperti emak saudara pihak lelaki seperti isteri bapa saudara kadim. Pemilihan duai ini terpulang kepada kesesuaian keadaan.

    Peringkat ini adalah peringkat kepastian. Ini bermakna risik duai peringkat ini adalah menentukan yang pinangan pihak lelaki tidak ditolak. Tanpa risik duai yang seinformal ini ada kemungkinan yang pinangan pihak lelaki akan ditolak. Jika ditolak ini akan memalukan bukan sahaja keluarga yang meminang tetapi juga wakil yang pergi.

Tujuan Merisik
Proses merisik ini mempunyai beberapa tujuan seperti berikut:

Untuk memastikan gadis yang dirisik itu bukan isteri atau tunangan orang.
Untuk mengetahui sama ada gadis itu masih anak dara atau telah janda.
Untuk mengetahui asal-usul keturunannya, Ini termasuk:
(a)    untuk memastikan gadis itu bukan keturunan suku lereng atau orang toman (orang yang dipungut atau dijadikan orang suruhan kepada suku tempat dia menumpang. Orang begini, yang tidak diketahui asal-usulnya dianggap bertaraf lebih rendah daripada anggota suku tempat dia menumpang itu. Dia tidak mempunyai hak dari segi pembahagian pusaka dan harta, mengambil bahagian dalam perundingan hal-ehwal adat, tidak boleh berkadim atau dikadimkan untuk masuk suku, dan sebagainya).
(b)   untuk mengetahui keturunan ibu, bapa, datuk, nenek dan seterusnya.
(c)    untuk memastikan sukunya yang sebenar, bangsanya, waris-warisnya dan sebagainya.
Untuk mengetahui latarbelakang keadaan keluarga gadis berkenaan dari segi pegangan agama, kawalan terhadap anak-anak termasuk ke atas gadis yang dirisik, taraf ekonomi, perhubungan keluarga berkenaan dengan masyarakat setempat dan sebagainya.
Untuk mengetahui sama ada gadis berkenaan atau keturunannya mempunyai penyakit keturunan atau mempunyai kecacatan fizikal.

    Proses merisik ini harus dijalankan walaupun kedua belah pihak telah mengenal atau mengetahui antara satu sama lain. Jika ini tidak dilakukan, maka proses peminangan dianggap sebagai tidak sempurna dari segi adat.

Cincin Tanya
    Setelah persetujuan tercapai di antara kedua pihak (keluarga lelaki dan keluarga pihak perempuan) atau dengan kata lain pihak perempuan telah menyatakan kesediaannya menerima pihak lelaki sebagai menantunya, maka pihak keluarga lelaki akan menghantar cincin tanya

Adat Istiadat Menghantar Cincin Tanya
    Setelah persetujuan tercapai di antara kedua-dua pihak, tibalah masanya untuk pihak lelaki menghantar cincin tanya. Istiadat menghantar cincin tanya adalah langkah terakhir dalam peringkat merisik dalam masyarakat adat pepatih.

    Istiadat ini memerlukan sebentuk cincin. Cincin yang biasa digunakan ialah cincin belah rotan. Ada juga yang menggunakan cincin empat lekuk atau cincin emas. Cincin permata, walaupun harganya lebih mahal tidak digunakan kerana ia dianggap sebagai membawa maksud ‘putih mata’ (melambangkan kemungkinan berlakunya sesuatu yang tidak baik seperti kecewa dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati).

    Cincin tanya ini dihantar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai tanda merasmikan pertanyaan-pertanyaan semasa proses merisik awal sama ada mahu atau tidak bermenantu. Ia bukan lagi bersifat pertanyaan secara tidak formal tetapi suatu pengesahan. Kepada pihak perempuan pula, cincin tanya ini adalah sebagai tanda atau bukti yang akan ditunjukkan kepada semua waris dan sanak saudara si gadis apabila berita itu dipanjangkan kepada mereka untuk mendapat persetujuan dan restu atau sebaliknya.

    Pada hari yang ditetapkan, kedua-dua belah pihak akan mengadakan kenduri kecil yang akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Pada sebelah pagi hari berkenaan, pihak lelaki akan menyediakan peralatan yang perlu termasuk bunga rampai. Cincin belah rotan yang akan dihantar diikat dengan benang tiga warna iaitu hitam, putih dan merah. Cincin itu diletakkan di dalam bekas, selalunya cembul yang ditaburi dengan bunga rampai. Bekas berisi cincin itu akan dibungkus dengan sapu tangan istimewa yang juga ditaburi dengan bunga rampai. Di sesetengah tempat, sapu tangan pembungkus itu berwarna kuning, sedangkan di tempat lain pula dibuat daripada perca-perca kain yang beraneka warna.

    Istiadat ini selalunya dilakukan pada waktu petang, selepas waktu zohor. Ada juga yang membuatnya pada waktu pagi. Masa menjalankan istiadat ini terpulang kepada rundingan dan keadaan pihak lelaki yang berkenaan. Peralatan yang dibawa oleh pihak lelaki semasa menghantar cincin tanya itu adalah tepak sirih atau bujam epok dan bungkusan cincin.

Penerimaan Cincin Tanya
    Wakil pihak perempuan akan memberitahu pihak lelaki yang dia akan menemuinya berkenaan cincin tanya yang dihantar. Pihak lelaki akan mengadakan jamuan kecil untuk menanti ketibaan mereka. Ketibaan mereka itu selalunya disambut oleh beberapa orang keluarga rapat sahaja.

    Pada ketika itu dirundingkan juga tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan proses yang berikutnya. Antara perkara yang dibicarakan ialah masa mengadakan hari pertunangan, hantaran belanja, bayaran mas kahwin dan adat-adat lain yang berkaitan.

Fungsi Cincin Tanya
    Secara umum cincin tanya mempunyai tiga fungsi utama:
1. Ia adalah sebagai tanda yang menunjukkan bahawa anak gadis itu sudah ditanya orang.
2. Ia adalah sebagai tanda atau bukti untuk memberitahu sanak saudara pihak perempuan tentang anak gadis yang berkenaan telah dirisik orang.
3. Ia adalah bukti kepada ketua-ketua adat dalam perut (Besar dan Buapak) perempuan tersebut bahawa gadis yang berkenaan telah dipinta orang, tetapi belum rasmi.

    Dengan menggunakan cincin tanya ini sebagai bukti, ketua keluarga yang berkenaan akan memberitahu ketua-ketua adat-Besar dan Buapak-dalam perutnya, di samping keluarga yang kadim tentang risikan terhadap gadis tersebut. Upacara membuktikan risikan ini dikatakan mengembangkan cincin. Pemberitahuan ini penting terutama sekali untuk pengetahuan ketua adat jika mereka tidak hadir semasa cincin tanya itu diterima. Jika ketua adat tidak dimaklumi tentang cincin tanya ini, terutamanya Buapak, keluarga perempuan akan dikenakan denda yang dikenali sebagai timbang salah kerana dalam proses-proses berikutnya sehingga langsungnya upacara perkahwinan Buapak akan memainkan perana. Tanpa Buapak majlis berikutnya tidak dapat dijalankan secara adat.

part of the list

back to my old song. 

Neyo - part of the list

love it ;)

happy birthday ;)


happy birthday to my dearest roommate ! ;DD

haha lalingg jangan marah yeaa pasal arini lambat wish. mmg ktrg satu ruma plan dari smlm yg tana wish kat winnie. mcm2 idea perah na buat suprise.sampai pening, kusut, tetibe ade pulak plan B. last2 wnnie ade kelas malam kan. mmg lari dari plan laa. akhirnya buat kat ruma jgk. haha takpe lagi senang nak arrange ;P

winnie gerak je g kelas. then mase tu ujan. faz yg anta korg then ktrg cpt2 siap g beli barang kek makanan sume. tetibe mase tgu pizza nak siap, faz msg kate wnnie ngn kak ain abes kelas da. ktrg kelam kabut. dpt je mknan. terus pecut. sampai tiup BELON pun dlm keta. yg ta tahan nye. 2 belon yg pertama da pecah. saket mulut I taw! hahaha takpe demi wnnie. then da sampai. faz g amek korang. yg ktrg setel kat ruma. kemas2 n ready. sampai je terus serbu wnnie. 

n dgn jaya nya dapat buat wnnie MENANGIS. heee ;P jahat kan ? but sweet memory ever. happy birthdayyy friend <3 also roommate ku yg setia. heee sayangg winnie ! 


p/s : adiah tu jaga bebaik. guna bebaek. n yg handmade tu pun letak jelaa memana, hihi 

June 8, 2011

cuti cuti ;)

salam semua ;D

arini da kat kolej. kelas pun kejap ade kejap tade. tu laaa kolej tu da padat ngn student tapi nak jgk amek intake reramai. btw ignore pasal tu. na cite pasal jumaat sabtu ahad n isnin lepas.wahh lame kan ;P heee

hari jumaat ptg tu balek ke dahlia. siap2 pack barang.sbb dlm kol 3am camtu na gerak g johor dah. dari sini ade 3 keta. family aku, maklang, makteh. sume da excited na g bercuti. mlm tu rehat kejap. dalam 2 lebih bgn siap2 na bertolak ;) before gerak siap pas wakie takie satu keta ade satu wakie takie.

dalam perjalanan tu biase laa mlm kan. so sambung tido dalam keta, hehe terjaga pagi camtu dah kat Kulai, Johor. haha jauh en ? mase tu turun basuh muka. then rehat2 dlm keta. tgk sekeliling. lalu Desaru, then sampai kat Teluk Ramunia. minum2 jap kat situ, tepi laut. hehe kejap je pastu gerak g jmpe family pakndak. then rehat2 sana sbb mase tu baru kol 11 lebih. check in dlm kol 1 so lambat lagi. lunch kat situ. dah kenyang n masing2 pun da selesa. gerak terus ke tempat yg ditujui. tempat tu kt Punggai, haha pelik kan ? chalet kat situ sgt comel. mula2 cam was2. selesa ke tak lat sini. tapi bile da masuk. letak barang sume. semua kemudahan ada n selesa so okay laa. senang duk situ.then lepas letak barang. sume baring sambung tido. yg kecik sume da terjun pool kat depan sana n ade laut jgk. ade yg siap2 g mancing n akan balek pepagi buta nanti. haha so dlm petang camtu da terjaga semua. tgk cam sunyi jee. yg mak2 n anak2 perempuan sume g kelua beli bahan utk bbq mlm kang. pastu sempat shoping kejap. hehe dlm na magrib camtu balek n sume ready utk bbq. tgk makanan dea sume fressh. seafood en. tgk udang ketam ikan sume. pehhhh gerammm. nak sediakan api utk bakar tu. kelakar je. hehe after da siap api sume. bakar2 then makan. fuhh delecettt !! sedappp ouhhh. nikmat makan seafood byk camtu. hehe mmg ta benti makan. tp risau jgk if kena elergik. bantai jgk makan. hahaha after da kenyang. sume tido. heee ;)


esoknya Ahad, bangun awal2 sbb kesejukan. bgn2 tgk sume nak terjun pool. haha ape lagi. join laa dorg. tapi mandi kejap je. afterthat ujan. makan2 sarapan sume. masing2 gerak g taman buaya n ostrich farm. mmg syiookk laa. mase tgk buaya tu bole tgk dea menyambar. klu tak kt zoo senyap je en. hehehe then berpeluang dpt pegg anak BUAYA taww ! ;DD heee lepas tu g ostrich farm. banyak pengalaman dpt :) balek dari semua tu. sedia pulak utk bbq mlm kedua. tp kali neh special sikit sbb ade karoke. kol 8.30 till 11.30. mmg gempak laa. makan2 (still seafood okayy !!! ) hahahah mmg kekenyangan. nak nyanyi pun ta larat ;P hihihi


isnin pagi tu kena check out before 11.30. sume bersiap na gerak tapi jalan2 dulu. lepak kat ruma baru makndak kat kota tinggi. then g kelua makan jap. (seafood lagi !! ) fuhhhh kenyang jgk. then balek sume bantai tido. tetibe ptg tu ade sumtin yg tak disangka berlaku. kereta abah cermin belakang dea retak so mcm kena ganti cpt2 klu tak akn pecah n abes satu keta ada kaca. lagi susa n lambat laa na balek. mlm dlm kol 8 tu baru siap kereta. then rehat mandi. amek tenaga. baru gerak g makan dulu then abah pecut balek ;)


hampir pagi jgk laa smpai ruma ;)

p/s : na tgk gamba g kat fb aku or fb family aku ;) neh link dea <3




June 3, 2011

:)

salam.

semalam kelua ngn muzh. g alamanda. thought na tgk cite kungfu panda TAPI cannot. da full. so amek cite karak dalam 9.30 camtu. so g makan2 then p tgk movie. HAHA mase dlm tu. rase mcm nak kelua je. dlm hati yaAllah. cepat laa abes cite neh. sbb dea awal2 da seram. n ade part yg non stop seram. n aku first time tgk cite seram ngn muzh n aku betul2 takut n byk kali kot tekejut. hahaha aku smpi sesak dada pun ade gak. tataw laa ape muzh fikir sbb tgk aku camtu. ade tu dea gelak sbb aku tekejut. n ade jgk dea makin risau sbb risau aku pngsan lak kng sbb sound kt dlm tu okayy SANGAT kuat. hahaha. but ending dea n jalan cite dea sgt best sbb ade makna yg mendalam. ade part2 yg hmpir ngalir airmata. tataw laa kot2 muzh pun ngis kan ? hehe alolo. pape pun best cite tu just watak yg shahir pegang last2 meninggal dunia. fuhh lagi sayu. HAHA ;P

pastu mase muzh anta aku. n dlm keta mase otw balek. aku saje open topik romantik sikit. sbb dea asyik buat aku ketawa ngn kepala weng dea tu. haha sejuk je ati tgk dea ceria. aku opek cite setaun yg lepas. skrg da bulan 6 kan ? klu korg rajen . korg cari post2 aku mase bulan 6 taun lepas. ade cite sal muzh jgk :) kire da setaun perkenalan aku ngn muzh. aku igt detik2 masa first sight. then mase saat2 yg bagi dea tak sangka yg dea buat benda tu mcm bwk aku g kelas dea, anta aku balek ruma n mase first time kelua berdua ngn dea. dea kate mmg sume tu spontan. n aku fikir balek. lelaki neh dea sgp buat ape je bile dea taw dea akan kehilangan kite or takan jmpe dah selamanya. itu pendapat aku laa. then Allah temukan kitorang. for second chances. n mase dea perlukan seseorang. hanya aku je yg ade. mmg aku rase Allah dah aturkan semua neh. aku suke ckp bnda neh sbb cara ktrg kenal n taw antara satu sama laen. sangat berbeza.masing2 pendam rasa. hbgn student ngn lect. mmg mcm2 dugaan n mcm2 cerita :) aku sentiasa ingat n simpan semua tu.


kalau aku bkk link atas neh, aku msti senyum klu baca. hehe ;) muzh muzh.

n bile bukak link neh. aku terdiam n tahlaa :) takdir.


btw masuk cite laen. WTB kesayangan muzh dan juga kesayangan aku. dah tak kacak dah :( aku bkn gilekan harta ke ape. just aku mudah jatuh hati ngn kereta ngn dah modified then npk sporty. n aku mmg cpt syg ngn benda bukan idup n klu da syg, syg gile2.WTB now tak kacak sbb rim da tuka. bkn itam cam dulu. but pape pun. tetap syg kat WTB sbb still warna putih n tuan dea tak tuka hihi :)

June 2, 2011

sgt adore this song ;D

Jet setter
Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I’ve never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I’ve been with
Things I’ve seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don’t know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it’s working
All the girls don’t matter
In your presence can’t do what you do
There’s a million girls around but I don’t see no one but you

Girl you’re so one in a million
You are
Baby you’re the best I ever had
Best I ever had
And I’m certain that
There ain’t nothing better
No there ain’t nothing better than this

You’re not a regular girl
You don’t give a damn about your look
Talking about I can’t do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain’t so
Baby cause my dough don’t know how to end
But that independent thing I’m with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don’t know
Baby one thing is for certain

Whatever you do it’s working
All the girls don’t matter
In your presence can’t do what you do
There’s a million girls around but I don’t see no one but you

Baby you’re so one in a million
You are
Baby you’re the best I ever had
Best I ever had
And I’m certain that
There ain’t nothing better
No there ain’t nothing better than this
Girl you’re so one in a million
You are
Baby you’re the best I ever had
Best I ever had
And I’m certain that
There ain’t nothing better
No there ain’t nothing better than this
*courtesy of Lagunya.com
Timing girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you’re one of a kind
That means that you’re the only one for me
Only one for me
Baby (girl) you’re so one in a million
You are
Baby you’re the best I ever had
Best I ever had
And I’m certain that
There ain’t nothing better
No there ain’t nothing better than this
Girl you’re so one in a million
You are
Baby you’re the best I ever had
Best I ever had
And I’m certain that
There ain’t nothing better
No there ain’t nothing better than this

June 1, 2011

semester 3 ;)

salam :DD

heyy readers, arini baru ade mood na update blog.

hari ahad aritu daftar. kate stat dlm kol 10. tapi pehh. na dekat kol 11 baru bole stat daftar. n mcm tak terurus cara pndaftaran dea. tapi pape pun dpt jgk daftar n setel sume bayara. alhamdulillah tade hutang :) then jmpe kawan2 yg lame ta jmpe even sebulan je cuti. HAHA afterthat balek terus kelua ngn mak beli barang sikit then lunch. pastu sampai vista. kemas2 ruma ngn dorg. fuhh ruma bersawang. hehe  mlm tu rehat2 jap then tido dlm kol 3am camtu. skg susa ouhh na tdo :( tataw nape..

then isnin da stat g kolej suh amek jadual n bermula life as student. even kelas tade lagi. lepak2 membuang masa di kolej. haha sbb klu balek ruma pun tade bnda na buat. junior pun sgt ramai. intake sem neh fuhh hebat. dgn mcm2 kos lagi. haha mcm2 jenis budak ade. ade yg kenal tp buat2 ta kenal. haha kelakar.

tadi siang pun hari kedua. kelas tade jgk. tapi pepagi tu ade laa kelas ngn sir hakim. pepagi lagi da kena perah otak. pastu tade kelas da. klu tak ari selasa kelas till 8pm taw. haha tp pasneh jadual ditukar lagi. tataw bile n harap2 disusun dgn betul haha malas laaaa adehhh -.-"

dlm tga free2 neh. teringin jgk na tgk wayang. ajak yg tersayang. even aku nak belanja dea. mcm2 alasan dea bagi. na ajak membe. ade yg tana n ta sekepala. na tgk sorg2. seram pulak. haha adehhhh.