::.salam sejahtera (n_n) salam perkenalan .::
'Firstly, 'this is my blog and officially MINE 'if you dislike this blog, her entries or the owner. 'please step out ;) thank you. *Click LIKE if you love her posts ;) *

kalau nak senyap. tekan yg petak tu ea. heee ;)

Followers

April 28, 2012

ermm ermm

salam

boosan neh. sunyi tade geng. geng na gado2 sume tido. sakit. uhuk :< cedeeyy. haha

so ape mau cite neh. boy saya demam panas. *tu je? hahahah erm my mum offer aku fon. heee :) tunjuk gamba jelaaa. so aku pakai dua fon nnt. muzh pun pakai dua fon sbb kesian dea stuck ngn maxis yg gilaa  tu. smntara na tgu kontrak abes. so we both insyaAllah pakai celcom :) 


chaww bebeh :)

April 27, 2012

result sem 4 :)

salam



alhamdulillah..:)

before tido, nak main game sat, before tu update sikit :) hehe hati tersangat tenang harini. ditemani hujan :) alhamdulillah akhirnya tercapai jgk impian aku. sgt2 gembira :') tak salah kan gembira sementara...dua hari aku menangis, smlm sbb muet, tadi petang sbb buah hati aku. so mata bengkak n i pray pleasee make my night brighter....n Allah betul2 makbulkan...alhamdulillah. (berkat nak kawen ke?) haha gila kau. gurau je tau. tade pape maksud pun. hehe

aku seronok sgt sbb sem 4 baru aku dpt. so only one sem left. chayookkk yana! :D :)

aku dpt achieve target aku dlm link ni - click here

td bile bkk je email. terus tak terkata apa. mcm betul ke nombor tu. haha terus bgn ketuk bilik mak. terus hugg n kiss pipi mak :) nak hugg abah tp dea tido. dea mudah terkejut. hehe esok pagi laa :)

my syg  pun kata nak belanja...haha tade belanja2. jnji candle light dinner at cruise tu nak next week! haha dah simpan duit sikit dah. hihi syg awak! sorry call awk td, dalaa demam2. hehe tp nak awk tau jgk :) iloveyou.

yg happy sgt, highest mark dlm sem 4 aku ialah subj public speaking n bel. haha

ALHAMDULILLAH

April 23, 2012

blurr

salam

arini tataw nak update ape, tetibe terus tekan create new post. hahaha blurr sudaa. erm pagi tadi barang baru smpi. keychain with new design so mcm biase laa. update sana, update sini. hehe

my business still huru hara lagi. well baru membiak kan. belum merebak. slow2 laa. belum susun atur lagi. lagi2 cara simpan maklumat customer. ermm kena blaja lagi neh. haha ;)

btw tadi aku ade update sikit kt blog dhzone. about new design n name list customer. penghargaan kepada dorg. sbb if tanpa dorg, DHZone takkan bergerak. hee :)

ni link dea - DH Zone

April 22, 2012

latest sony ericsson xperia.

Xperia Ray - 8 MP camera


Xperia S - 12 MP camera


Xperia Neo - 8 MP camera (igt keta neo je ade :p)


Xperia Arc - 8 MP camera


****************************************************
errr....manee dee papee..mane dee papee..
saje jee post. eee ngade laa korg ni.
err chaw :p
ssyyhh~ haha

penghias muka

muahahaha. nak tahu rahsia saya..? *dialog tv. :p

gilaaa. heee saje nak share ape yg aku tepek setiap hari kat ruma n wajah aku da jadi mcm ni. hahah :)

so yg aku pakai selelau masa mandi. pencuci muka safi balqis. hihi :)

then lepas mandi. aku tepek pulak...

muahaha :) penyegar muka. *segar sangat wajahku. HAHA :) :P

sekali dgn yg kat bawah ni,


lepasss tuuuu....terus tepek pengharumnyaa ;D

wajib tau! nak menangis kalau ni da habis ;)) (only white colour, tak suka lavendar, biru or yg pink tu)

heee :)

additional. ade lagi dua stuff. tapi tak selalu pakai. bile rase tak selesa n diperlukan sgt or RAJIN. baru sapu kt muka. hahah yg kt bawah ni :)


pencerah ni jarang sikit kot sbb aku dah cerah. lalalalala~ :p

chaw~



TIMELINE?!

SERIOUSLYY!! 

I HATE THIS -.-'' terkejut aku, bkk2 je terus tah hape rupa dashboard aku. terkial2 nak cari ''create new post'' , pheww :/ timeline kt fb n twitter tu okay la lagi. hahaha

takpe laa. mcm yg lain jgk. lame2 nnt okay n biase laa. lets try new things :) klu asyik merungut je tak kedepan jgk kan. err *ape aku ckp. hehe

chaw

April 18, 2012

BFF

salam

haha baru nak di update pasal ni. patut smlm. just ringkasan.

smlm aku neya iza n aie g lepak mkn2 sambil tu celebrate bday neya skali. shud bday dea 20 april neh tp dicptkn sbb dea ade hal. ouh lupa, my syg ade jgk :) hehe havocc jgk laa. mula2 mkn2 kt McD. then g karoke ;D fuhh lama tak melalak. then smpi ruma dlm bfore 12am cmtu. smbung gila2 kt fb n twitter. hahahha :p

12 Cara Menjawab Telefon Paling Kerek

Pernahkah anda sakit hati kepada seseorang dan seseorang tu tetap menghubungi anda. Bagaimana mahu melayan. Ini ada 12 cara menjawab telefon yang boleh dipraktikan. Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.


1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
.

Mesti korang tidak sedar kan nombor 6 hilang XD

Dekan? Impossible.

salam

actually smlm punya smlm, excited nak update. skali line putus. mmg ptus la niat aku kan. so off terus. HAHA then actually lagi, hahaha aku da lama nak update benda neh. TAPI mmg mengucap byk kali laa sbb gila punya hal nak diisi dlm neh tapi klu tak diluah kn tak best. aku kan mmg suka cari pasal ngn org. haha ;DD

errrr....emmm......



korg.....rase2 aku bole dpt dekan tak utk sem 4 ni? hahaha klu average tu mmg taklaaa kan tp pointer utk sem 4 ni je. nak plus ngn sem2 lain...? hahaha mustahil kan? tapiii......kalau laaa DAPAT. alhamdulillah. aku tataw nape tp terlalu excited na tgk result. haha lagi2 ECO -.-'' (gila) 

well, aku sedang mencabar diri aku sndri. if aku dpt *yg kt atas tu, mesti parent or someone offer aku sumtin. henfon ke, anything ke, (perasan je) tapi aku nak ............... bole? HAHA tgk laaa. KALAU je k. korg mesti suspen kan? eleh korg takan dpt agak punya. sbb bende neh lain. hahhaa

tapi bile difikir kan balek. jum kite letak target kat subj2 yg aku dah harung sem 4 aritu. just for fun. hahha

  1. event - lect ckp ta pena ade org dpt under A. klu ahli lain dpt A, mesti SU pun A kan? haha
  2. arab - pehh ni mmg aminnn....hehe carrymark mmg cantik dah! tgk ngn ustaz aritu. cume A solid or A+. hihi ;p
  3. software/255 - ermmm....ini pun insyaAllah A sbb lect pun kate jarang dpt bwh cmtu. heheheh :p aku punya design2 pun lawa. haha n assignment lengkap :)
  4. BEL - insyaAllah. lect jgk kate tak pena ade yg dpt under A if sume assignment lengkap. hee insyaAllah
  5. Public Speaking - hehe yg ni aku seronok! bkn sbb ape, carrymark aku second higher terbaik :D bwh ain. hahaha :) insyaAllah jgk.
  6. ECO - errrrr tataw :p hope lulus. aminnnn...seram pulak.
  7. OB - ni pun ragu2. hehehe :p
JUST FOR FUN. 
haha chaw !

April 17, 2012

Maybe he not ready yet ;')

hanya Allah tahu waktu yang terbaik untuk hamba Nya.


no need word to explain it :) just a picture.
chaaww.

Cantik adalah ujian, bersyukur seadanya..

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Berbalik kepada tajuk. Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?



Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap mata memandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa


Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.



Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan riak dalam hati

4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata


Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.



Jadi bunga seindah mawar berduri,

Yang menjadi impian setiap Muslimah

Yang indahnya bukan untuk lelaki,

Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”

April 16, 2012

Petua memujuk lelaki merajuk.

Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.


Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu. :D :)

9 Punca Couple Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.



ouchh...

April 13, 2012

cik abg syg.

salam
:) aku tak rajin da update blog. just incase if ade cite hot yg aku rase aku nak share baru aku update. haha :) so 3 days yg lepas, relation aku n muzh tak bape baik. seriously tak berapa baik. bkn mcm gado sllu. mmg perit lah. boys kalau da marah, dea akan diamkn diri. phewww perit kot -.-'' menangis tak berlagu laa aku. tataw nak setel kn mcm mana. yea n smlm both da cool down. aku ade bagi lagu kt dea. aku jmpe kat FB. Lagu Motif Band - tuhan jagakan dia. sweet lagu tu. dea ckp dea na mnangis dga. hehe n aku pun buat ringtone kt fon bile dea call :) hihi

n tadi kelua ngn dea sbb dea nak anta box biru, then dlm  masa yg sama......dea bagi aku rose putih <3 awww serius aku terkejut. shud aku yg bg sbb aku yg buat dea merajuk cmtu, tp dea ckp dea sgp buat ape je utk aku n dea da tana fikir pape. just nak happy ngn aku. thankss sayangg :) jgn push sgt k. byk dugaan lagi kena kite tempuh. lgpun jarang kite gado cmni kan. haha tp ckup laaa. tak sgp sedih2 cm tu. ayyooo :) i know he stress about his worklife n others. harap dea cpt bebas dari study kt UPM tu n keje. derita aku tgk dea. huhu iloveyousomuch sayang :) i know theres alot of pain in your smile. i hope i can help you cure it:) loveyou! sikit je lagi ea sayang. awak na abes master awak da kan ;) chill okay? :D

chaw