::.salam sejahtera (n_n) salam perkenalan .::

'Firstly, 'this is my blog and officially MINE 'if you dislike this blog, her entries or the owner. 'please step out ;) thank you. *Click LIKE if you love her posts ;) *

kalau nak senyap. tekan yg petak tu ea. heee ;)

Followers

June 9, 2011

apa itu merisik ?

just some info here.

Merisik
    Sudah menjadi kelaziman yang dipusakai turun-temurun ibu bapa masyarakat adat pepatih berusaha sedaya upaya dan penuh teliti mencari seorang calon yang sesuai untuk dijadikan menantu. Usaha ‘mencari’ menantu inilah yang dikatakan sebagai merisik. Jadi merisik adalah satu proses yang dijalankan sebelum adat istiadat meminang. Acara merisik ini bermula apabila anak lelaki telah melahirkan hasrat ingin berumah tangga, atau ibu bapa lelaki berasa sudah sampai ketikanya anak lelaki mereka berkahwin.
    Proses ini selalunya melalui dua peringkat, iaitu merisik dan risik duai. Walaupun pada kelazimannya kedua proses ini dimulakan oleh pihak lelaki berasaskan perbilangan di atas, tetapi tidaklah pula menjadi kesalahan jika pihak perempuan yang mengambil langkah pertama. Adat sendiri membayangkan tentang kemungkinan ini apabila diperbilangkan: yang perempuan diiras-iraskan. Perbilangan ini antara lain bermaksud keluarga perempuan berhak untuk menonjol-nonjolkan perbuatan ini agak relatif maksudnya anak gadisnya agar dipinang orang.

    Pada kebiasaannya, wakil yang dipilih untuk menjalankan proses ini adalah daripada kaum perempuan yang sudah berumur dan petah berkata-kata. Sebagaimana yang dinyatakan tujuan utama peringkat ini adalah mencari jodoh yang paling sesuai. Pada zaman tradisi proses ini telah mula dijalankan sejak anak mulai remaja.

    Dalam proses memilih jodoh ini keturunan bakal menanti diperhatikan. Ada dua sebab utama dalam soal ini. Pertama, bagi menentukan yang bakal menantu itu bukannya daripada suku sakat yang boleh membatalkan pernikahan itu dari segi agama dan adat. Kedua, untuk memastikan bahawa bakal menantu itu bukan berasal daripada keturunan bangsa kurang atau suku lereng.
    Orang tua biasanya akan menolak orang yang berasal daripada lapisan bangsa kurang sebagai menantu kerana perkahwinan yang demikian akan dikenakan isbat adat yang dianggap berat bagi keturunan anak perempuannya. Keturunan mereka tidak mungkin menyandang pusaka, baik berupa gelaran adat mahupun harta pusaka.

    Penelitian juga harus ditumpukan pada paras rupa dan budi pekerti gadis. Secara tidak langsung wakil tadi akan menimbulkan pertanyaan-pertanyaan untuk mencungkil hal-ehwal si gadis terutama yang berkaitan dengan peribadi dan personaliti. Daripada persoalan seperti inilah akan diketahui sama ada gadis itu sudah dilamar orang ataupun belum, masih gadis atau telah janda, serta suku dan susur galur keturunannya.

    Merisik ini kalau diamati adalah suatu proses penyelidikan atau penyiasatan secara sembunyi tetapi amat terperinci. Keseluruhan proses ini adalah mengikut peraturan adat. Apabila telah bertemu dengan calon yang sesuai, maka yang merisik akan membayang-bayangkan kepada yang berkenaan: ‘yang perempuan diiras-iraskan, yang lelaki digurau-sendakan’.

Risik Duai      
    Apabila telah dikenalpasti siapa yang hendak dijadikan menantu, barulah dijalankan peringkat kedua proses merisik. Pada peringkat ini prosesnya agak lebih formal daripada peringkat awal, dengan kata lain wakil pihak lelaki yang disebut duai akan berhadapan dengan keluarga pihak perempuan.

    Duai atau wakil pihak lelaki pada peringkat ini adalah orang yang dipercayai oleh ibu bapa atau keluarga pihak lelaki. Ia boleh jadi wakil pada peringkat awal ataupun mungkin orang lain. Duai tidak semestinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak lelaki; tetapi lazimnya wakil itu dipilih daripada kalangan kerabat yang dekat seperti emak saudara pihak lelaki seperti isteri bapa saudara kadim. Pemilihan duai ini terpulang kepada kesesuaian keadaan.

    Peringkat ini adalah peringkat kepastian. Ini bermakna risik duai peringkat ini adalah menentukan yang pinangan pihak lelaki tidak ditolak. Tanpa risik duai yang seinformal ini ada kemungkinan yang pinangan pihak lelaki akan ditolak. Jika ditolak ini akan memalukan bukan sahaja keluarga yang meminang tetapi juga wakil yang pergi.

Tujuan Merisik
Proses merisik ini mempunyai beberapa tujuan seperti berikut:

Untuk memastikan gadis yang dirisik itu bukan isteri atau tunangan orang.
Untuk mengetahui sama ada gadis itu masih anak dara atau telah janda.
Untuk mengetahui asal-usul keturunannya, Ini termasuk:
(a)    untuk memastikan gadis itu bukan keturunan suku lereng atau orang toman (orang yang dipungut atau dijadikan orang suruhan kepada suku tempat dia menumpang. Orang begini, yang tidak diketahui asal-usulnya dianggap bertaraf lebih rendah daripada anggota suku tempat dia menumpang itu. Dia tidak mempunyai hak dari segi pembahagian pusaka dan harta, mengambil bahagian dalam perundingan hal-ehwal adat, tidak boleh berkadim atau dikadimkan untuk masuk suku, dan sebagainya).
(b)   untuk mengetahui keturunan ibu, bapa, datuk, nenek dan seterusnya.
(c)    untuk memastikan sukunya yang sebenar, bangsanya, waris-warisnya dan sebagainya.
Untuk mengetahui latarbelakang keadaan keluarga gadis berkenaan dari segi pegangan agama, kawalan terhadap anak-anak termasuk ke atas gadis yang dirisik, taraf ekonomi, perhubungan keluarga berkenaan dengan masyarakat setempat dan sebagainya.
Untuk mengetahui sama ada gadis berkenaan atau keturunannya mempunyai penyakit keturunan atau mempunyai kecacatan fizikal.

    Proses merisik ini harus dijalankan walaupun kedua belah pihak telah mengenal atau mengetahui antara satu sama lain. Jika ini tidak dilakukan, maka proses peminangan dianggap sebagai tidak sempurna dari segi adat.

Cincin Tanya
    Setelah persetujuan tercapai di antara kedua pihak (keluarga lelaki dan keluarga pihak perempuan) atau dengan kata lain pihak perempuan telah menyatakan kesediaannya menerima pihak lelaki sebagai menantunya, maka pihak keluarga lelaki akan menghantar cincin tanya

Adat Istiadat Menghantar Cincin Tanya
    Setelah persetujuan tercapai di antara kedua-dua pihak, tibalah masanya untuk pihak lelaki menghantar cincin tanya. Istiadat menghantar cincin tanya adalah langkah terakhir dalam peringkat merisik dalam masyarakat adat pepatih.

    Istiadat ini memerlukan sebentuk cincin. Cincin yang biasa digunakan ialah cincin belah rotan. Ada juga yang menggunakan cincin empat lekuk atau cincin emas. Cincin permata, walaupun harganya lebih mahal tidak digunakan kerana ia dianggap sebagai membawa maksud ‘putih mata’ (melambangkan kemungkinan berlakunya sesuatu yang tidak baik seperti kecewa dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati).

    Cincin tanya ini dihantar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai tanda merasmikan pertanyaan-pertanyaan semasa proses merisik awal sama ada mahu atau tidak bermenantu. Ia bukan lagi bersifat pertanyaan secara tidak formal tetapi suatu pengesahan. Kepada pihak perempuan pula, cincin tanya ini adalah sebagai tanda atau bukti yang akan ditunjukkan kepada semua waris dan sanak saudara si gadis apabila berita itu dipanjangkan kepada mereka untuk mendapat persetujuan dan restu atau sebaliknya.

    Pada hari yang ditetapkan, kedua-dua belah pihak akan mengadakan kenduri kecil yang akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Pada sebelah pagi hari berkenaan, pihak lelaki akan menyediakan peralatan yang perlu termasuk bunga rampai. Cincin belah rotan yang akan dihantar diikat dengan benang tiga warna iaitu hitam, putih dan merah. Cincin itu diletakkan di dalam bekas, selalunya cembul yang ditaburi dengan bunga rampai. Bekas berisi cincin itu akan dibungkus dengan sapu tangan istimewa yang juga ditaburi dengan bunga rampai. Di sesetengah tempat, sapu tangan pembungkus itu berwarna kuning, sedangkan di tempat lain pula dibuat daripada perca-perca kain yang beraneka warna.

    Istiadat ini selalunya dilakukan pada waktu petang, selepas waktu zohor. Ada juga yang membuatnya pada waktu pagi. Masa menjalankan istiadat ini terpulang kepada rundingan dan keadaan pihak lelaki yang berkenaan. Peralatan yang dibawa oleh pihak lelaki semasa menghantar cincin tanya itu adalah tepak sirih atau bujam epok dan bungkusan cincin.

Penerimaan Cincin Tanya
    Wakil pihak perempuan akan memberitahu pihak lelaki yang dia akan menemuinya berkenaan cincin tanya yang dihantar. Pihak lelaki akan mengadakan jamuan kecil untuk menanti ketibaan mereka. Ketibaan mereka itu selalunya disambut oleh beberapa orang keluarga rapat sahaja.

    Pada ketika itu dirundingkan juga tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan proses yang berikutnya. Antara perkara yang dibicarakan ialah masa mengadakan hari pertunangan, hantaran belanja, bayaran mas kahwin dan adat-adat lain yang berkaitan.

Fungsi Cincin Tanya
    Secara umum cincin tanya mempunyai tiga fungsi utama:
1. Ia adalah sebagai tanda yang menunjukkan bahawa anak gadis itu sudah ditanya orang.
2. Ia adalah sebagai tanda atau bukti untuk memberitahu sanak saudara pihak perempuan tentang anak gadis yang berkenaan telah dirisik orang.
3. Ia adalah bukti kepada ketua-ketua adat dalam perut (Besar dan Buapak) perempuan tersebut bahawa gadis yang berkenaan telah dipinta orang, tetapi belum rasmi.

    Dengan menggunakan cincin tanya ini sebagai bukti, ketua keluarga yang berkenaan akan memberitahu ketua-ketua adat-Besar dan Buapak-dalam perutnya, di samping keluarga yang kadim tentang risikan terhadap gadis tersebut. Upacara membuktikan risikan ini dikatakan mengembangkan cincin. Pemberitahuan ini penting terutama sekali untuk pengetahuan ketua adat jika mereka tidak hadir semasa cincin tanya itu diterima. Jika ketua adat tidak dimaklumi tentang cincin tanya ini, terutamanya Buapak, keluarga perempuan akan dikenakan denda yang dikenali sebagai timbang salah kerana dalam proses-proses berikutnya sehingga langsungnya upacara perkahwinan Buapak akan memainkan perana. Tanpa Buapak majlis berikutnya tidak dapat dijalankan secara adat.

No comments: