btw entry ini short dari link http://www.kahwinmuda.com/
Mengapa Perlu Halang Niat Suci Orang Remaja?
Mengapa Perlu Halang Niat Suci Orang Remaja?
Niat sepasang remaja melangsungkan perkahwinan adalah niat yang suci - jauh lebih suci dari aktiviti sosial tak bermoral dengan berdating di tepi pantai atau di hotel-hotel murahan.
Niat mereka yang suci membina rumahtangga bahagia, kenapa perlu dihalang?
Apa yang bakal dikongsi dengan anda, adalah berdasarkan pengalaman sebenar, ilmu sebenardari mereka yang berpengalaman, malah penulis sendiri berkongsi rahsianya supaya ramai anak-anak muda di luar sana boleh mendapat rahsia sebenar membina rumahtangga walau di usia muda.
- Tak perlu lagi merayu seperti orang terdesak untuk mendirikan perkahwinan di usia muda.
- Tak perlu lagi lari ke Thailand untuk kahwin dengan pasangan idaman anda. Tak perlu bimbang tidak mendapat restu ibu bapa lagi. (serius!)
- Tak perlu menggunakan bomoh, tak perlu perkara-perkara khurafat dan syirik untuk berkahwin segera atau di usia muda.
- Tak perlu lagi menipu keluarga jika mahu berkahwin di usia muda.
- Tak perlu lagi buang bayi anak luar nikah yang tak berperikemanusiaan. Jalani kehidupan bahagia tanpa perlu bimbang lagi.
Perkahwinan Adalah Pahala Ibadah & Menambahkan Rezeki. Kenapa Ditangguhkan?
Berkahwin di usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan oleh Nabi SAW sejak dulu lagi. Malah dianggap sebagai ibadah, macam amalan-amalan lain. :)
Kalau dah agama yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya?
- Berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa.
- Berkahwin menjadikan pasangan itu matang dalam bertindak.
- Berkahwin menimbulkan rasa tanggungjawab pada pasangan.
- Berkahwin menarik banyak rezeki.
- Berkahwin meramaikan ummah manusia, kerana Nabi SAW berbangga dengannya.
- Berkahwin sebagai salah satu cara membaiki diri.
Betul, dalam dunia masa kini, banyak perkara berubah, dan banyak perkara perlukan perancangan dan kewangan yang stabil, apatah lagi melibatkan perkahwinan - yang selalunya memakan kos yang besar.
Dan inilah faktor yang banyak menghalang dari kebanyakan rumahtangga didirikan.
Tapi ... Lumrah Manusia Tak Pernah Berubah
Walau bagaimanapun, hakikatnya, lumrah manusia masih sama. Semoden mana zaman yang kita berada sekarang, lumrah manusia masih sama.
>> Lelaki ingin berkahwin dengan perempuan.
>> Pasangan muda ingin melangsungkan perkahwinan untuk kebahagiaan.
>> Apabila dah sampai 'seru' dan hajat, kenapa nak tangguh lagi?
Bukankah lebih baik mendirikan rumahtangga daripada diri sendiri dibiarkan terlibat aktiviti sosial yang tak sihat antara lelaki dan perempuan seperti berdua-duaan di tempat sunyi,bercakap perkara tak bermoral & bersembang lucah melalui telefon bimbit serta bercinta tanpa arah tuju yang membuang masa bertahun-tahun tanpa penghujung?
Sudah sampai masa anda mendirikan rumahtangga demi kebaikan anda & bakal pasangan anda.
Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang anda perlu tahu adalah :
- Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian/
- Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.
- Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggung jawabtermasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, bersembang hingga larut malam dan membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan. :)
Bagi mereka yang masih belajar di IPT atau kolej swasta, pasti banyak halangan untuk mendirikan mahligai bahagia.
Bagi mereka yang sudah habis belajar, pasti belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumahtangga idaman bersama pasangan anda.
Bagi mereka yang selalu dilarang oleh ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan di hari bahagia seawal usia muda, pasti buntu mencari jalan penyelesaian.
Antara yang menjadi halangan tentunya :
Masalah Kewangan. Ibu bapa kita yang sayangkan kita, tidak mahu kita berkahwin jika sumber pendapatan bulanan masih belum stabil, tambah-tambah lagi jika kita masih belajar atau baru sahaja menamatkan ijazah di mana-mana IPT. "Mat, belajar lah elok-elok, nanti dah belajar, mudah lah nak dapat kerja. Kalau dah dapat kerja dan gaji besar, boleh lah mula cari calon dan berkahwin." Bukannya salah ibu bapa menasihati, tapi ketika zaman Nabi SAW, mereka yang berkahwin bukannya kaya-raya. Lagipun, duit bukan tak boleh dicari. Ye tal? Rezeki Tuhan, bila-bila je boleh melimpah kepada mereka yang yakin pada janji-NYA.
Masalah Keluarga. Apabila kewangan sudah tidak stabil, maka ibu bapa melarang kita untuk memikirkan pasal kahwin, kahwin dan kahwin. Malah, ada ibu bapa yang perpegang pada prinsip "Belajar Dulu, Baru Kahwin", walau sestabil mana kewangan kita. Jangan bimbang, ada teknik demi teknik yang boleh digunakan untuk memujuk ibu bapa dan keluarga kita merestui hajat suci kita. Dengan restu mereka, akan bertambahlah berkat & rezeki kita.
Masalah Cabaran Selepas Kahwin. Ini antara perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, yang menjadi penyebab utama mereka tak nak berkahwin awal di usia muda. Bimbang banyak tanggungjawab akan mendatang, bimbang tak bersedia dan bimbang perkahwinan berakhir dengan kegagalan. Sebenarnya, semuanya boleh diatasi jika adailmu yang cukup untuk mengendalikannya.
“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment