::.salam sejahtera (n_n) salam perkenalan .::

'Firstly, 'this is my blog and officially MINE 'if you dislike this blog, her entries or the owner. 'please step out ;) thank you. *Click LIKE if you love her posts ;) *

kalau nak senyap. tekan yg petak tu ea. heee ;)

Followers

August 17, 2010

8 RISIKO BF HENSEM!

Siapa yang tidak suka memiliki teman lelaki yang kacak lagi bergaya. Bukan sahaja sejuk bila mata memandang malah ketampanannya pasti akan buat hati sentiasa berbunga-bunga. Apatah lagi apabila teman-teman sekeliling tidak berhenti memuji dan mengagung-agungkan wajah kacak si dia. Namun jangan terlalu teruja dengan pujian yang dilemparkan. Mungkin dalam pujian dan dalam diam ada hati yang menyimpan perasaan pada orang yang kamu cintai. Inilah realiti yang wajib kamu hadapi bila punya BF yang hensem. Jadi perlu sentiasa hati-hati dan waspada terutama dengan hal-hal berikut :     

1.Selalu Jadi Perhatian
Orang kacak semestinya menjadi perhatian. Kamu mungkin bangga apabila orang memuji teman lelakimu dan melihatnya tanpa berkelip namun kalau terlalu sangat menjadi perhatian si dia mungkin akan terlupa dengan kehadiranmu di sisinya. Silap-silap hari bulan kamu dibuat seperti tidak wujud sahaja bila semua orang datang mengelilinginya.

2.Sentiasa Perlu Di Kawal
Mana-mana si dia pergi kamu pasti akan rasa curiga dan bimbang kalau-kalau ada yang cuba memikat. Oleh itu kamu sentiasa memantau aktivitinya dan kalau boleh kamu mahu sentiasa berada di sampingnya agar semua orang tahu si dia milik mu. Penatkan ??? Awal-awal mungkin boleh tahan namun lama kelamaan si dia pun mungkin rimas dikongkong.

3. Kurang Di Hargai
Si dia tahu kamu amat menyayanginya dan tidak sanggup kehilangan lelaki sepertinya. Jadi si dia tidak perlulah bersusah payah untuk menawan hati mu kerana si dia amat yakin kamu tidak akan pergi meninggalkannya biarpun si dia tidak melakukan apa-apa untuk menambat hati mu. 

4. ‘Perfect’
Kamu sentiasa perlu tampil ‘perfect’ dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki terutama apabila berdampingan dengannya. Tujuannya biarlah setiap masa matanya hanya memandang mu tanpa sesaat pun melirik pada wanita lain. Di rumah pun andai si dia datang berkunjung, kamu akan tetap ‘maintain’ dengan solekan yang tebal.

hahahah.
lawak jeh -.-" menyusah kan kot kalau bf caney .

No comments: