salam
now nak cerita pengalaman seharian di USS :) ahh you now what is USS right? malas nak taip. haha :p so aku n family also office mate abah berada di sana pada 10 Dec 2012 :) *before that, sory if ade tertinggal or terlupa, sebab ingatan kureng sikit* haha!
okay sebelum tu kami dah berada di johor selama dua hari iaitu Sabtu n Ahad :) so menginap di Hotel Seri Malaysia sahaja. Isnin tu baru bergerak ke Singapore dengan bas. ada 2 bas tauu. haha ramai kan? :p gerak dari hotel dalam pukul 8 or 9 pagi macam tu n sampai sana dalam 10 or 11 macam tu. hehe
sampai je sana. rasa macam nak menjerit macam orang gila sebab tak sangka dapat masuk USS tu. pehh ohsemm sangat tau! maklumlaa orang yang gila benda2 comel n kartun memang macam ni. sampai je nampak maskot Panda dalam cite kungfu panda tu. mana tak nya. hahaha so kami satu family masuk je terus berpecah ngn orang lain. terus rush pergi Transformers punya tempat. sebab memang dari rumah dah set kat peta nak g mana dulu. sebab tempat ni besar sangat. kalau shopping dulu memang takde harapan nak main game. so kami berkejar beratur masuk transfomer. dalam sejam lebih macam tu lah beratur. tapi TAK rugi babe! serius wa cakap! hahaaha 3D dea ohsemmmm gila! macam real tolong optimus prime berperang. ohhh cairr , hahaha:p
then lepas game tu, aku ni sensitip sikit mudah mabuk n pening. so tak boleh naik roller coster yang laju bapak punyaaa :p hahah! so adik aku naik menatang tu n aku n mak n abah tgu bawah. dea ada dua jenis, merah n biru. korang pilih laa mana nak. hahaha dorg kata memang game tu best. kalah kat genting tu. hihihi lepas habis game tu. pergi dekat area mummy returns punya tempat. haaa kat sini laa aku jumpa klon hero mummy returns tu! haha nanti ending ni aku masuk kan gambar. hahaha bapak tinggi ohhh -.-'' hahaha kat situ kami g lunch. cm biasa laa makan makanan cam arabian sikit. nasi macam briyani. kenyang juga lah.hehehe
lagi ape eh. erm then rasa g lost world kot. yang tadi tempat mummy tu dipanggil 'Ancient .......' hahaha lupa! then masuk area dinasour! hihihihi seriusly nak bagitau. kalau datang USS ni kan. toksah nak melawa pakai glam glam. habis baju semua if masuk tempat yang kena siram n simbah air. hahaha serius! just pakai macam nak g pantai pun takpe. ngn selipar je pun takpe. hahahah :D kat lost world ni kami masuk tempat yang melibatkan air. memang fun gila macam kat wetworld or sunway lagoon. haha memang lencun kaki semua. nasib sempat selamat kan kasut sebelum naik tu. sebab kena sembur ngn T-Rex! hahaha but really fun!
so dah habis kat area situ. dalam 3 tempat dah pegi. chaw pegi Far Far Away Castle pulak. tempat shrek n fiona! hahaha sini tak sempat nak main pape game sebab masa ni dah hujan ohh. just shopping sikit laaa cenderahati. hehe ohh before pergi tempat Madagascar, kami patah balik tempat Ancient tadi main game treasure hunt. alah dea macam kereta jip slow yang kat genting tu. haha n adik adik aku g masuk mummy returns. aku tak pergi sebab dalam tu sangat creepy! ada scene terperanjat. n ofcourse ada sembur air! hahahaha :p
afterthat almost night macam tu, pergi tempat last ,means game lah. masa ni belum shopping habis lagi. haha masuk madagascar. haha sini fun habis sebab nak balik so main ape yang ada. yang menatang Marry Go Round tu. selalu ada kuda je kan. ni ada semua watak dalam madagascar tu, so kami satu family naik je. Jogetjoget time pusing tu. jadi bebudak jap. abah sangat comel masa tu ! hahaha :D then naik bot. tu last game.
then lastlyy nak tgu sampai 8:15 pm. kami g shopping kat area New York n Hollywood. haha perabis kan duit Dollar tu. aku jakun sikit. dapat 100 Dollar kan. hamek kau! hahahah :D bila semua dah setel. gather all the people. tgu bas. naik n chaww :D pengsan malam tu kelaparan. cari makan kat area JB. then balik tidur. wahhhhhh sangat best :) :D
ni ada sikit gambar. ada lagi kat FB :)
1 comment:
Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...
Juga ada promosi; 🔥PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86
Post a Comment