::.salam sejahtera (n_n) salam perkenalan .::

'Firstly, 'this is my blog and officially MINE 'if you dislike this blog, her entries or the owner. 'please step out ;) thank you. *Click LIKE if you love her posts ;) *

kalau nak senyap. tekan yg petak tu ea. heee ;)

Followers

January 15, 2013

Dugaan Alam Pertunangan Kawal Dengan Bijak



Tempoh bertunang adalah satu tempoh persediaan dari aspek mental, fizikal, dan kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam tempoh ini juga, pelbagai dugaan dan ujian yang datang bakal mengukur kemampuan anda untuk mempertahankan ikatan yang dimeterai, selain membuktikan sejauh mana bukti cinta dan kasih sayang yang diungkapkan sebelum ini.

Antara Masalah/ Situasi Yang Sering Tercetus :

 Permintaan mahar yang terlalu tinggi 
Masalah paling besar yang ‘digeruni’ ialah isu wang hantaran yang terlalu tinggi. Menyentuh hal ini, ada yang mengakui bahawa masalah untuk memenuhi jumlah yang ditetapkan pihak keluarga perempuan kadang-kala menjadi punca utama perkahwinan tertangguh untuk tempoh masa yang panjang. ‘Mahar’ yang ditetapkan ini sebaik-baiknya tidaklah memberatkan pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki sendiri yang ingin memberikan jumlah yang tinggi kepada pihak pengantin perempuan itu dengan penuh rela hati, ini tidaklah menjatuhkan keberkatan si pengantin perempuan itu.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Berdoa agar dilembutkan hati semua pihak yang terlibat kerana Allah yang mampu ‘berbuat dan mengubah apa-apa sahaja terhadap apa jua perkara.’ Tetap sabar dan memperbaik hubungan dengan ibu bapa dan bakal ibu bapa mertua. Berusaha mempertemukan untuk kedua-dua pihak berbincang secara berhikmah.
Mintalah bantuan ahli keluarga yang rapat (mak cik/pak cik) untuk menerangkan perkara yang membelenggu fikiran anda ini jika anda tidak memiliki kekuatan untuk berbuat demikian.

 Kewangan 
Selain wang hantaran, pihak lelaki sering menjadi ''stres'' akibat terlalu memikirkan masalah kewangan dalam memenuhi impian perkahwinan yang bakal diadakan kelak. Dalam tempoh ini, pelbagai cara diusahakan untuk mendapatkan wang yang secukupnya sehinggakan ada yang mengambil langkah untuk membuat pinjaman peribadi dari bank tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Mengenal pasti bentuk perkahwinan yang anda perlu/ mahukan dan mencapai persetujuan dengan pasangan anda berkenaan dengan perkara seperti pakaian, lokasi, makanan, senarai jemputan, dan sebagainya. Apa-apa kos peruntukan harus disenaraikan terlebih dahulu kerana dikuatiri melebihi bajet. Sekiranya bajet terhad, anda harus memilih yang penting atau mencari jalan untuk menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian. Membuat pelan untuk menjimatkan wang untuk perkahwinan seperti jimat berbelanja dan menyimpan duit dengan membuka akaun untuk tujuan perkahwinan. Elak membuat pinjaman dari bank kerana tidaklah wajar anda meminjam dari bank sehingga menjadi beban pada masa depan. Yang penting, anda harus merancang dan berbelanja dengan bijak untuk mengelakkan kemelut kewangan yang membebankan kehidupan baru untuk tempoh yang panjang sekiranya membuat majlis perkahwinan yang besar-besaran di luar kemampuan anda.

Pergaulan 
Pasangan yang sedang dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan antara pasangan. Ramai pasangan bertunang yang salah tanggapan terhadap ikatan pertunangan dengan menganggapnya sebagai lesen ‘p’ yang membolehkan mereka bergaul bebas dengan pasangan. Ingat bahawa bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah satu ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita meluahkan perasaan terhadap pasangan, namun kawallah perasaan itu.

 Komitmen 
Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Memang ada tetapi amatlah sedikit. Dalam tempoh ini lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana daripada tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan, kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Pemilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si perempuan pada tunangnya adalah orang asing. Jika si perempuan berjumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan, dia masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Bahkan jika diikutkan, ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu jika mereka putus tunang.

 Tempoh pertunangan terlalu lama 
Hakikatnya, tempoh pertunangan yang pendek lebih selamat untuk dilalui. Satu perkara paling penting yang harus diingat, alam pertunangan turut disertai dengan pelbagai dugaan. Biasanya, tempoh pertunangan akan ditetapkan selama enam bulan atau setahun. Walau bagaimanapun ada juga pasangan yang bertunang selama dua hingga empat tahun sebelum akhirnya membuat kata putus untuk berkahwin. Kebanyakan yang berbuat demikian menganggap diri masih belum bersedia untuk terikat dengan komitmen dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang pasti ada pasang surutnya.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Setiap pasangan perlu sepakat untuk menghadkan tempoh pertunangan agar tidak terlalu lama. Alasannya, hubungan sewaktu alam pertunangan lebih banyak membawa kepada perselisihan, walaupun disebabkan perkara yang remeh-temeh. Memendekkan tempoh pertunangan sekali gus mampu mengelakkan kejadian tidak diingini seperti putus tunang.


No comments: