::.salam sejahtera (n_n) salam perkenalan .::

'Firstly, 'this is my blog and officially MINE 'if you dislike this blog, her entries or the owner. 'please step out ;) thank you. *Click LIKE if you love her posts ;) *

kalau nak senyap. tekan yg petak tu ea. heee ;)

Followers

December 31, 2010

happy anniversaryy babyy !

heee ;) my bloggie da genap setahun dah !

 i was created it on 31 dec 2009 ;D hehe 


happy anniversaryy baby ! 
emmuahh! 

thanks to me also for the creator ;P

yeppii ;DD

December 29, 2010

damnn my weight !



my weightttt :((


terkejut sgt td bile timbang berat. almost 50 berat badan neh ;( yg shock nye. before this rase nye dlm 43 44. nape terus naekk mendadak camtu ! 


wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! tana duk ruma. abes berat bdn neh. na buat kerja. bergerak. patut laa saket je. overweight daa :(


cpt laa stat kelas. nak busy kan diri. nak byk bergerak. hate my condition nowww ! 

December 27, 2010

itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

jeritan batinku

Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada...

Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

December 21, 2010

mereng

salam. 


heyy reaaders. 


haha otak saya sedang mereng neh. mabuk sejak dah jumpe semula game yg gile2 addiced dulu. belum lagi The Sims  nnt. hahaha. tgl smnggu lebih lagi sblm life college nak bermula. kena betulbetul spent neh. sebelum mngadap BUKU , ASSGMNT , PROJECT :)) hahahha

picnic at Sg. Congkak

salam,
tarikh picninc neh ahad lepas, 19 Dec 10 .


with ? eheee family n cousins boyfie sy :)
mmg dea da planning lame n planning itu menjadi n sgt2 have fun.


dea amek aku dari ruma dlm 9 lebih. pastu gerak trus ke tempat yg dituju. cousins dea da otw terus ke sana. so ktrg nnt terus meet kat sana. agak excited gux laa sbb first time dea bwk jmpe cousins dea sume. 


then bile da smpi, tgk tmpat tu. haha sbb first time ouhhh. bole tahan laa tmpat dea. patut laa ramai suke pegi. heee :) bile sampai tu. meet dorg , salam2 sume. ready bakar2. makan2 . mase tga bakar2 makanan tuh, ade laa kena soal siasat ngn paksu dea. n cousin dea sume. mase ade 16 org kot. haa yelaa. then mkn2 mandi sungai. mase tu dah mesra ngn cousin dea. n tga2 mandi, dorg buat game. mcm bola tampar jgk. so have fun laa maen. semput pun ade jgk sbb aku da lame tak exercise kot. hahaha bole tahan laa saket kaki sbb tekena batu. but sangat2 enjoy ngn dorg. 


ouhh lupa mase mandi sungai td tu, parent dea sampai, n aku mmg da kenal dorg n da jmpe sblm neh so tade laa segan sgt :) heee. so ayah dea join skali mase maen bola tuh. heheh satu team ngn aku n dea pulak tu ^^ comel jeh. 


then da penat maen, ktrg rest then tuka baju. lame jgk lepak kat situ, sampai dlm kol 11 lebih cmtu then balek dlm 5 petang. hahaha mmg betul2 terasa penat dea. after kemas2 tuh, dorg sume ajak minum2 n makan roti canai, roti telur sume.semeja ngn dorg. haihhh bahagia. feel dah mcm jadi part of his family :) happy sgt2 dorg selesa ngn aku. hehehe


lepas minum2 rancang nye yg bujang2 nge ajak karaoke but bile smpi tmpt tuh. mhal pulakk. so cancel , dorg sume balek terus. n dea terus anta aku balek ruma. mmg terasa laa penat :)


btw thanks yea sygg sebab kenal kan ana dgn dorg :) nnt lepak2 lagi ngn dorg taw. hehe iloveyou <3

alahai sayang

kalau sehari tak jatuh airmata neh. mmg tak sah. haihhhhh

December 18, 2010

midvalley

salam.


sungguh penat harini jalan2 kat mid . tade ape sgt kat mid tuh but yg best nye sbb spent dgn bestie ;) 


tapi ape yg berlaku arini kat kawan aku tuh mmg ta dpt na accpt lah. tataw na ckp cane. kang maen serbu. hmm tah laaa. ciann jgk kat dea. chill yeaa friend <3


then, tga excited tgu esok. hehehe ;) tgu lah nnt sok mlm klu larat aku publish kat sini yeaaa ! hehehe. 

December 15, 2010

hair hair hair

salam,


wuaaa sedih neh. takut tgk rambut neh kerap na gugur. korang ade pape solution tak ? hmm


rambut neh pnjang jgk n ma ckp langsung tak bercabang so better taya ptong sbb sayang ouhh. just kerap gugur. risau pun ade gux. kng BOTAK. fuuhhhh -.-"


but tadi try cara tradisional. guna limau purut n telur putih, hope okay. tgk dlm sminggu dua neh. n esok na kena g tuka syampoo baru. rejoice kena REJECT ! abes rambut den . pasneh kena jaga pemakanan jgk. huhu ;)


December 14, 2010

kahwin awal ?

ini dipetik dari facebook someone . dah mintak di share. sangat berkenan dgn ini topik. apa pendapat korang ? hehe



Kahwin awal? Kalau mampu sila lah.

 Kahwin awal. Ramai akan memberikan pro dan kontranya. Benda ini biasanya diutarakan oleh remaja, pelajar. ‘Awal’ yang dimaksudkan dalam ayat ‘kahwin awal’ itu biasanya dilihat pada umur 23 ke bawah. Sebab bila dah umur 24, orang tak ramai bising menyatakan itu awal. Walaupun ada juga sebahagian orang yang saya jumpa, dia kata bahawa kahwin umur 25 itu awal juga. Katanya umur 30 baru ok. Entahlah.

Cuma biarlah saya fokuskan ‘kahwin awal’ ini kepada yang berumur 23 ke bawah ya. Sebab ada benda dalam artikel ini yang saya suka nak khaskan buat mereka yang berumur baya-baya saya ini.

Pertamanya, saya bukan nak kata ‘kahwin awal itu betul’ atau ‘kahwin awal itu salah’. Pada saya, kahwin awal boleh jadi betul, dan boleh jadi salah. Pokok pangkalnya, dalam hal kahwin awal, saya suka untuk membawa diri saya dan diri kita semua untuk melihat semula kepada dua perkara utama dalam isu kahwin awal.

1. Membina rumah tangga.
2. Orang yang hendak membina rumah tangga.

Kenapa saya tak sebut ‘kahwin’. Sebab ‘kahwin’ memang senang. Sehari je kahwin. Majlis kahwin. Akad nikah. Dan lain-lain. Sehari sahaja. Tetapi siapa nak berumah tangga sehari sahaja? Kalau ada tak mengapa. Tak payah baca yang ini.

Tujuan berumah tangga

Maka saya membawa pada asas terlebih dahulu. Apa tujuan berumah tangga?

Rata-rata remaja akan mengutarakan jawapan seperti berikut:

1. Cinta.
2. Tak nak berdosa. Nak tunduk pandangan. Jauhi zina.
3. Nak lorongkan nafsu ke jalan yang benar.

Biasanya untuk pemuda yang belajar sikit, dia akan mengutarakan hadith ini sebagai dalilnya.

Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…” (Muttafaq ‘Alaih).

Maka di sini, ramai yang melihat kahwin awal adalah solusi kepada cintanya yang berbuah semasa remaja, semasa belajar. Kahwin awal adalah solusinya untuk menjauhkan dosa dari berhubungan cara yang tidak dibenarkan Islam. Kahwin awal adalah solusi untuk dia menjaga diri dari dari nafsu yang tidak terkawal dan sebagainya.
Tetapi, benarkah tujuan berumah tangga hanya itu?

Rumah tangga bukan sekadar itu.

Rumah tangga hakikatnya adalah madrasah pertama kepada manusia. Sedar atau tidak, ia adalah hakikat yang tidak boleh ditolak. Majoriti masyarakat dunia lahir dari institusi rumah tangga. Mungkin sebahagian kecil lahir di tengah hutan, di lorong gelap, dan membesar tanpa keluarga, itu adalah kes yang boleh dikira terpencil berbanding majoriti seluruh dunia.

Apabila kita memandang bahawa rumah tangga adalah madrasah membina individu-individu dalam masyarakat, dan tanpa kita sedari rumah tangga merupakan asas terpenting kepada sebuah masyarakat, negara, dan ummah.
Memang wujud institusi lain dalam kehidupan kita seperti nurseri, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti. Itu kalau tidak kita campur dengan institusi ‘underground’ baik yang baik, mahupun yang buruk.

Tetapi kita dapat lihat betapa ‘asas peribadi’ yang datang ke institusi-institusi tadi hakikatnya sudah terbina sebelum mereka masuk ke institusi-institusi tadi. Di manakah ianya terbina?

Di rumah. Di dalam rumah tangga. Di tangan mak ayah, atau sesiapa sahaja yang menjadi ‘guru pertama’nya di tempat dia membesar.

Maka sekali lagi kita lihat bahawa, asasnya adalah rumah tangga.

Maka, dapatkah kita dapat membayangkan bagaimana nanti sekiranya rumah tangga yang terbina adalah rumah tangga yang rosak, apakah efeknya kepada pembinaan masyarakat dan ummah?

Ya. Akhirnya kita melihat bahawa, rumah tangga yang kita bina bukan semata-mata kita.

Kita hakikatnya sedang membina ummah.

Rumah tangga bukan sekadar sehari dua.

Baik. Memahami perkara tadi, maka kita perlu melihat bahawa rumah tangga adalah satu perjalanan yang panjang. Bukan sehari dua, kemudian kita robohkan. Pada rumah tangga itu ada tanggungjawab. Tujuannya bukan semata-mata kepuasan hawa nafsu, hendak menjauh daripada dosa dan cintan-cintun semata-mata. Ia meliputi hendak membuat lebih banyak kebaikan(dengan membina rumah tangga yang bermanfaat untuk Islam, mampu memberi sumbangan kepada Islam) dan membawa definisi cinta yang sebenar, yakni hendak bersama hingga ke syurga.

Dan akhirnya kita dapat lihat di sini bahawa rumah tangga bukanlah keseronokan dua individu bernama suami dan isteri semata-mata. Bukanlah di dalamnya wujud semata-mata keindahan. Tetapi wujud juga halangan dan cabaran.
Maka di sini kita melihat bahawa, ada tanggungjawab lain menanti kita di dalam rumah tangga. Tanggungjawab yang memerlukan kita serius dan matang dalam membuat keputusan. Tanggungjawab yang memerlukan kita bijak dalam mengawal emosi dan perasaan. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai peribadi yang baik dan mampu mendidik. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai teknik pengurusan yang baik dan mampu merancang dengan baik.

Semua ini kita perlukan untuk menjalankan rumah tangga yang baik dan diredhai oleh Allah SWT.

Dapatkah kita melihat besarnya rumah tangga?

Entahlah. Kalau saya, saya pandang rumah tangga itu macam inilah.







Maka datanglah hal kahwin awal.

Apabila membicarakan hal kahwin awal, maka guru saya, Cikgu Azmi Bahari ada menyatakan berkenaan: “Yang layak berkahwin”.

Ya. Sebenarnya pada saya, kahwin awal itu bukanlah masalah sekiranya yang nak kahwin awal itu sudah layak berkahwin. Maka timbul persoalan, siapakah yang layak berkahwin.

Cikgu Azmi Bahari cakap pada saya:

“Sekiranya enta dah mampu nak sara keluarga, itu dikira layak berkahwinlah.”

Sebahagian orang akan melihat bahawa ini satu cubaan membangkitkan kepentingan wang dalam berumah tangga. Maka ada orang akan kata pada saya bahawa, jangan takut fasal duit, itu semua nanti adalah tu.

Baik, saya bukan takut fasal duit. Dan saya tak rasa Cikgu Azmi Bahari berkata ke arah itu juga. Pada saya, maksud sara keluarga ini adalah orang itu mampu menyara dirinya sendiri terlebih dahulu. Mampu menyara diri ini, tidaklah semestinya duit banyak. Maksudnya, dia mampu berdikari, menguruskan dirinya, mampu mencari sumber wang dan mampu berusaha. Bukan hidup bergantung kepada orang lain, bukannya orang yang tidak mahu mempertingkatkan diri apabila menyedari kekurangan, bukannya mendapat wang dari sumber yang dia tidak usahakan dan sebagainya.
Hal ini apabila kita pulang kepada apa yang saya nyatakan pada sub topik-sub topik sebelumnya, maka ia adalah amat relevan.

Kita perlu menampung satu tanggungjawab yang berat dan besar. Bukan sekadar hendak memberi makan, bahkan memimpin orang ke syurga. Bukan sekadar untuk keseronokan diri, tetapi untuk kebaikan ummah. Maka adakah sebenarnya kita layak melakukan sesuatu perkara yang sangat besar ini, dalam keadaan kita sendiri tidak pandai menguruskan diri dan berdikari?

Jadi, apabila kita sudah mampu menguruskan diri sendiri dan pandai berdikari, tidak kiralah umur berapa pun, maka kahwinlah sekiranya mahu. Bina rumah tangga. Sebab itu dahulu, orang tidak hairan dengan datuk nenek kita yang berkahwin umurnya 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Bukan sebab pada umur itu mereka sudah mempunyai harta yang banyak. Tetapi sebab mereka sudah layak berkahwin. Mereka pandai mengurus diri dan berdikari dengan baik.

Boleh bandingkan datuk nenek kita masa umur mereka 17 tahun, dengan pelajar SPM 17 tahun hari ini.
Pada saya, kalau sekadar ‘mampu’ untuk menampung kos perkahwinan yang hanya makan masa sehari itu, semua orang boleh. Yang mampu RM40,000, kahwin dengan RM40,000. Ada juga yang buat majlis sekitar RM2,000 sahaja. Kahwin memang senang.

Tetapi berumah tangga? Itu satu perkara yang lain.







Tak mengapa, mak ayah tampung.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” Surah An-Nuur ayat 32.

Maka ada remaja yang hendak kahwin awal, merasa mudah dengan bergantung terus kepada ibu bapa mereka berdasarkan dalil di atas.

“Tak apa, ayah ana ada.”

“Tak apa, mak ana boleh tampung.”

“Kos majlis kahwin, hantaran, semua ummi ana bayar.”

“Ayah ana kata dia nak hadiahkan rumah dan kereta. Ana tak payah risau dah.”

Hakikatnya. Pada asas, ibu bapa tidak perlu menampung anak lelaki mereka. Sepatutnya, seorang lelaki yang mempunyai hajat untuk berkahwin, perlulah berusaha untuk memenuhi keperluannya agar mampu berkahwin dan menggerakkan rumah tangga.

Tetapi bukanlah salah apabila kita hendak menjaga kehormatan Islam dengan mengelak tragedi seperti berzina, rogol dan sebagainya dengan ibu bapa menampung atau membiayai perkahwinan si anak dan mempermudahkan perjalanan rumah tangganya.

Cuma kenapa saya bangkitkan hal ini di sini?

Kerana saya hendak kita kembali melihat kepada tujuan rumah tangga dan peranannya kepada ummah seperti di atas. Pada saya, orang yang hendak berkahwin awal, kemudian meletakkan pergantungan rumah tangganya kepada kedua ibu bapanya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Rumah minta mak ayah belikan. Kereta nak mak ayah tampung. Sedangkan majlis kahwin dan segala urusannya juga mak ayah yang berikan dana. Tiada dari duit sendiri yang dikumpul dengan penat lelah. Tiada dari usaha keras sendiri berusaha mencari dana. Maka di sini ada satu kepincangan dalam isu memandang berat terhadap tanggungjawab.
Bahkan, kita dapat melihat bahawa isu menampung keperluan hidup berumah tangga adalah tanggungjawab ketua keluarga yakni Si Suami. Bukan tanggungjawab ibu bapa Si Suami.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang makan dari hasil usaha kamu sendiri” Hadith riwayat Ahmad.

Dan firman Allah SWT: “…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” Surah Al-Baqarah ayat 233.

Jadi apakah seorang ketua keluarga, yang dalam perhitungan dan perancangannya: “Tak apa, mak ayah ana ada. Diorang boleh sara ana dengan isteri.”

Persoalannya, apakah kahwin dan rumah tangga itu semata-mata hal penyaraan?

Konsikuensi tidak matang terhadap rumah tangga

Apabila tujuan berumah tangga tidak jelas, atau yang mendirikan rumah tangga tidak matang, tidak mampu, maka kesan terhadap rumah tangga adalah buruk.

Perceraian, kepincangan, anak-anak yang tidak terurus, kehidupan yang tidak bahagia dan lebih buruk lagi kepincangan ummah dan kemerosotan kualiti masyarakat. Oh, jangan ceritalah pada saya berkenaan mencari keredhaan Allah SWT dan membawa keluarga bersama ke syurga apabila rumah tangga sudah tidak terurus.

Remaja cenderung melihat kahwin awal adalah satu-satunya penyelesaian dalam hal cinta, menjauhi dosa, takut zina dan sebagainya, sekaligus mematikan opsi-opsi yang lain yang hakikatnya wujud. Sepatutnya kita berpandangan jauh dan melihat dengan teliti.

Apakah kebaikan sebentar kemudian membawa keburukan yang bertali arus itu solusi yang hakiki?




sekadar gambar hiasan



Maka habisilah dan telitilah sabda Rasulullah SAW itu.

Maka saya suka hendak menunjukkan kepada anda akan baki daripada hadith Rasulullah SAW yang saya utarakan di awal artikel ini tadi.

Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…” (Muttafaq ‘Alaih).

Sempurnya hadith itu adalah begini:
Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.” (Muttafaq ‘Alaih).

Kahwin awal hanyalah untuk orang yang layak berkahwin awal. Yang mampu. Justeru, apabila kita menyedari bahawa kita bukanlah dari golongan yang ‘mampu’, maka hendaklah kita berpuasa dan memohon perlindungan daripada Allah, menjauhkan diri dari punca-punca yang boleh mendorong kita ke arah keingkaran kepadaNya, dan pada masa yang sama bermati-matian berusaha mempertingkatkan diri kita untuk menjadi orang yang layak berkahwin, orang yang mampu berkahwin.

Diperhatikan semula, hadith ini selain dinyatakan perihal kahwin sebagai solusi, ia juga mengutarakan ‘bertahan dan mempertingkatkan diri’ sebagai solusi. Apakah natijah puasa? Taqwa. Dan taqwa itu natijahnya adalah peningkatan terhadap peribadi. Mengapa Rasulullah tidak tinggalkan solusinya sekadar ‘kahwin’ semata-mata?

Kerana ‘mampu’ adalah satu indikator yang amat penting dalam berumah tangga.

Rumah tangga bukan perkara sehari dua.

Rumah tangga bukan hal kamu berdua(lelaki dan perempuan).

Rumah tangga hal ummah pada hakikatnya.

Kita kahwin bukan semata-mata nak halalkan chit-chat kita dalam YM.
Kita bukan berkahwin semata-mata untuk halalkan pegang tangan peluk-peluk.
Kita bukan berkahwin semata-mata nak halalkan telefon kita bergayut-gayut selama ini.
Kita bukan berkahwin semata-mata kerana nak halalkan dating kita selama ini.
Bukan semata-mata itu semua dan bukan.

Rumah tangga lebih besar dari hal kita berdua. Ia lebih panjang dari apa yang kita sangkakan. Bukan terbina atas suka-suka semata-mata. Tetapi perlu dibina dengan perancangan hakikatnya.

Saya bukan kata tak boleh kahwin awal.

Artikel ini bukan melarang kahwin awal. Kalau rasanya sudah mampu, kahwinlah. Artikel ini juga bukan melarang ibu bapa untuk tampung anak-anaknya kahwin awal. Kalau rasa anak-anak itu sudah mampu menguruskan sebuah rumah tangga, maka tampunglah. Artikel ini juga bukanlah nak memberat-beratkan orang bujang yang nak menikah. Saya tak rasa pun ini memberat-beratkan. Kalau rasa sudah layak, tiada masalah, kahwinlah. Umur 15 pun saya tak larang kalau dah layak.
Artikel ini wujud supaya generasi hari ini tidak memandang enteng akan perkahwinan dan rumah tangga yang hendak dibina.

Pada saya, kahwin adalah ibadah. Kehidupan berumah tangga adalah ibadah. Semuanya ada saham dalam pembentukan ummah. Justeru kita perlu pandang serius akan hal membina rumah tangga. Kalau benar cinta, cinta mesti hendak bersama ke syurga.

Kahwin bukan semata-mata melempiaskan hawa nafsu, bermain-main, syok-syok, suka-suka.
Kahwin adalah untuk membina rumah tangga, madrasah pertama kepada ummah.

Mengapa tidak boleh kita pandang lebih serius akan hal ini?

Kata-kata guru saya amat saya ingati:

“Perkahwinan hanyalah gerbang. Rumah tangga adalah perjalanan selepas kita melepasi gerbang itu.” 

Ini sekadar cambahan idea saya. Untuk ditimbang-timbangkan.

Semoga bermakna.

December 11, 2010

genting highland

salam.


khamis lepas, aku family + cousin,shenna . gerak g genting highland. dari ruma gerak dlm kol 10 cmtu , then terus pegi kL , singgah kat gombak jalan2 tgk ruma sewa lama. heee rindu moment kat situ.lepas da jalan2 kat situ. brkfst kejap then sambung perjalanan.


dlm 2 hours cmtu da sampai kat ats, stop kat Genting Skyway. park keta kat situ then naek cable car. hee ;) adek aku yg kecik , nasrun. dea tuh first tym naek menda tuh. dea jenis yg tak duk diam. HAHA excited kot kt dlm tuh.dlm beberapa minit, sampai kat puncak then terus cari pintu ke theme park genting highland tuh. heee :D




bile dah smpai kat kaunter pintu masuk. bayaran utk ktrg sume Rm 3++ lebih. so kalau nak pegi sendiri tuh. bajet sekurang2 nye rm1oo sorg klu nak g. HAHA nak selamat la. hee bile da byr sume tuh. masuk je. separate terus ngn parent. aku , abid , mirul n shenna. terus g ride extreme punye game. HAHA byg kan dari pukul 1 lebih till mlm dalam 9 lebih cmtu. ktrg non stop berjalan . mmg gile2 punye release. shenna pun yg baru abes spm paper. fuhh lepas gile2 jgk. ahhha. sampai ade yg nak muntah. pening2 n mabuk. mase ktrg kat situ. suhu agak2 dlm 10'c cmtuh. sbb raining. fuhh mmg ktrg redah je. haha BEST lah !!



n mlm before nak balek tu. aku n shenna beli sumtin. haha topi kepala. muahahah. comel awww

                                       
somel jeh taw taw. hehehe ;P 

mase otw balek tuh. mmg sume pandang pelik laaa, ktrg jadi bahan je. kena gelak senyum sume. ade sorg budak neh. bile dea napk kepala aku, dea sebut 'e'eh' . then bile tgk shenna, dea terus ckp ' woahhh' . HAHA comel jeh budak tuh. then ade bujang2 yg lalu lalang perli2 . ade yg ckp mcm g paris. n ade usha2 pgl ktrg neh kucing. HAHA adeade jeh ouhhh. but mmg aritu have fun gilegile ahhh.

turun dari situ dlm kol 11. singgah mkn kejap. mlm tu mmg terasa dah saket bdn sume. smpai ruma dlm kol 1 lebih. online kejap then rest pengsan terus. hehe ;)

p/s : na tgk gamba sume tgk laa kat fb taw ^^



syukur. hehe ;)

salam.
 wahai readers kat lua sana. aku na share bout result aku neh. nak publish kat fb rase cm public sgt. so kat sini je laa ea ;) hehe. ta bape handal sgt but alhamdulillah tade paper yg aku kena repeat .



  • CTU101, IMD101, kesatria, IMD121 - aku dpt A, A-
  • BEL120, OMT100, OMT131 - dapat B , B+
  • business MATH - dpt C+ 
hahaha. sikit lagi nak B. klu tak cantek dah result neh. so pointer aku dpt 3.2. 

alhamdulillah syukur. tak sehebat mana lah but reda. usaha aku sndiri :) yg best jawap paper math ngn office dlm demam panas mmg ngs lah. hahaha ^^




lenovo

this is my new baby ! ahaks ;)
Z460

thanks to my family ! yeahh finally i have my own lappy <3 emmuahhhh !!

December 7, 2010

berceloteh

salam. 

hey ;) saja maw story.harini 7 dec. uncle saya iaitu paknjang n his wife balek dari haji. mule2 dorg ckp flight 6.30 pm but delay tataw nape. so mayb sampai midnite or 2/3/4 am. heee ;) 


ney pun ramai cousin dari muar n bahau dtg. yg klaka nye. ade laa someone antara ramai2 neh bile npk aku trun bwh g dapo. then ade ckp. ' eh putih nye , mane taknye duk dlm ruma berkurung '. HAHA aku pun snyum je la. tetibe ma nyampuk, ' mmg laa. bekurung dlm bilik. klu kua pun . masuk keta kua keta. ta kena penas pun' HAHA adehhh. setepek kena. dah tu takan na kua ngn muzh jalan kaki dari sini kot. dea pun ta larat. syukur laa ade kemudahan. hehehe. comel je. untung ade org jage anak ma neh taww ;P heee

December 6, 2010

salam maal hijrah ;)

selamat menyambut awal Muharram ;) 

selamat tahun baru .

moga ape yg di usaha kan selama ini. dapat ditunai kan. n perbakai semua kesilapan. aminnn ;) 


Tarikh lahir & sifat peribadi mengikut kalendar islam .

sape sape yg na taw hari lahir mereka dalam islam bule try kat link neh ;) 

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM

HIJRAH Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan


MUHARRAM Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


SAFAR 
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.



RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.



RABIULAKHIR Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL 
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.



JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.



REJAB 
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.



SYA'ABAN Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.



SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.



ZULKAEDAH 
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.



ZULHIJJAH Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


********************************************************************************************
tarikh lahir ana dalam islam - 5 / 3 / 1413 iaitu pada bulan Rabiulawal . tgk laa sifat dea mcm mana ^^ hehe ;) korang pulak ?