Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.
1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.?
2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.
3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana
4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.
5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.?
6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.?
7- Menghormati perasaan orang lain.?
8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik.
9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.
10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.
11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.
12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengetahuan yang luas.
13- Pandai mengambil hati orang tua.
14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.
15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.
16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.
17- Jangan suka merengek..
18- Jangan suka mengarah lelaki.
19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu.
20- Biarkan pasangan membayar bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.
21- Jangan ketawa mengilai-gilai.
No comments:
Post a Comment