::.salam sejahtera (n_n) salam perkenalan .::

'Firstly, 'this is my blog and officially MINE 'if you dislike this blog, her entries or the owner. 'please step out ;) thank you. *Click LIKE if you love her posts ;) *

kalau nak senyap. tekan yg petak tu ea. heee ;)

Followers

April 17, 2012

Maybe he not ready yet ;')

hanya Allah tahu waktu yang terbaik untuk hamba Nya.


no need word to explain it :) just a picture.
chaaww.

Cantik adalah ujian, bersyukur seadanya..

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Berbalik kepada tajuk. Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?



Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap mata memandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa


Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.



Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan riak dalam hati

4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata


Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.



Jadi bunga seindah mawar berduri,

Yang menjadi impian setiap Muslimah

Yang indahnya bukan untuk lelaki,

Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”

April 16, 2012

Petua memujuk lelaki merajuk.

Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.


Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu. :D :)

9 Punca Couple Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.



ouchh...

April 13, 2012

cik abg syg.

salam
:) aku tak rajin da update blog. just incase if ade cite hot yg aku rase aku nak share baru aku update. haha :) so 3 days yg lepas, relation aku n muzh tak bape baik. seriously tak berapa baik. bkn mcm gado sllu. mmg perit lah. boys kalau da marah, dea akan diamkn diri. phewww perit kot -.-'' menangis tak berlagu laa aku. tataw nak setel kn mcm mana. yea n smlm both da cool down. aku ade bagi lagu kt dea. aku jmpe kat FB. Lagu Motif Band - tuhan jagakan dia. sweet lagu tu. dea ckp dea na mnangis dga. hehe n aku pun buat ringtone kt fon bile dea call :) hihi

n tadi kelua ngn dea sbb dea nak anta box biru, then dlm  masa yg sama......dea bagi aku rose putih <3 awww serius aku terkejut. shud aku yg bg sbb aku yg buat dea merajuk cmtu, tp dea ckp dea sgp buat ape je utk aku n dea da tana fikir pape. just nak happy ngn aku. thankss sayangg :) jgn push sgt k. byk dugaan lagi kena kite tempuh. lgpun jarang kite gado cmni kan. haha tp ckup laaa. tak sgp sedih2 cm tu. ayyooo :) i know he stress about his worklife n others. harap dea cpt bebas dari study kt UPM tu n keje. derita aku tgk dea. huhu iloveyousomuch sayang :) i know theres alot of pain in your smile. i hope i can help you cure it:) loveyou! sikit je lagi ea sayang. awak na abes master awak da kan ;) chill okay? :D

chaw 

March 30, 2012

new dress :D

salam


cantik kan dress tuuu ;DD you know what! i've already own it. hehee jgn jeless.now bile nak shopp baju kt lua, rase tak slera sbb online lagi better insyaAllah :) tapi tak selalu laa. beli dress tu pun bersebab. hihi first time tu. comel sgt2. ade lagi satu baju berkenan, murah pulak tu, tgl satu je tp slow2 la. nnt dulu. HAHA :) 

chaww 

keychainn

salam

takde tajuk lain kan. haha keychaiinn keyychainnn! pelik ke? haha kalau pelik masuk blog neh :)

http://allaboutdhzone.blogspot.com/

tu blog tentang foam keychain. sedang berniaga kecil-kecilan. tade laaa laris mana tapi alhamdulillah...hehehe

so haritu start cuti sem. tade buat ape, duk ruma je. smlm hangout ngn housemate. will meet them sem depan. haha will miss them :) so dorg sume sibuk2 cari keje. n aku lak, mak offer keje kat pejabat peguam. tapi td baru dpt jawapan klu aku bole spend dlm 6 bulan cmtu keje sana lg okay sbb nak ganti tmpt orang. tapi kn takpe laa :) susa lak cmtu sbb nnt da masuk sem 5. so just relaxx2, handle foam keychain neh, bilik pun nak kemas2 lagi. hehe :) tapi kalau ade org baik hati nak suruh aku menaip sumtin, dokumen surat or whatever. so bole je ;) hahaha suke bab tu.

petang kng nak serbu sekolah, esok pun nak serbu sekolah lagi. maklumlaa business woman. HAHA ;p


okay chaww :)